Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Setiap anak Adam menyandarkan nama mereka kepada 'asabah mereka (keluarga ayah)

Teks Bahasa Arab

كلُّ بَنِي آدمَ يَنْتَمُونَ إلى عَصَبَتِهِم إلا وَلَدَ فاطمةَ ؛ فإني أنا أَبُوهُم ، وأنا عَصَبَتُهُم.

Teks Bahasa Melayu

Setiap anak Adam menyandarkan nama mereka kepada 'asabah mereka (keluarga ayah) melainkan anak Fatimah kerana sesungguhnya aku adalah ayah mereka (dalam riwayat lain: wali mereka), dan aku adalah keturunan mereka.

Sahabat Perawi

  1. Fatimah al-Kubra RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1849, hadis no. 9333. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن فاطمة الكبرى -رضي الله عنها- مرفوعا: ((كل بني آدم ينتمون إلى عصبتهم إلا ولد فاطمة؛ فإني أنا أبوهم (وفي رواية: وليهم)، وأنا عصبتهم)). [خط، أبو يعلى، طب، ((الضعيفة)) (٤١٠٤، ٤٣٢٤)]

(Lemah) Daripada Fāṭimah al-Kubrā RA: Setiap anak Adam menyandarkan nama mereka kepada 'asabah mereka (keluarga ayah) melainkan anak Fatimah kerana sesungguhnya aku adalah ayah mereka (dalam riwayat lain: wali mereka), dan aku adalah keturunan mereka. [Riwayat al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkhnya, Abū Ya’lā, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4104, 4324]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.