Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: كُلُّ بَنِي آدَمَ يَنْتَمُونَ إِلَى عَصَبَةِ أَبِيهِمْ، إِلا وَلَدُ فَاطِمَةَ فَإِنَّنِي أَنَا أَبُوهُمْ، وَأَنَا عَصَبَتُهُمْ.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Setiap anak Adam mempunyai hubungan pertalian dengan keturunan mereka melainkan anak Fatimah kerana sesungguhnya aku adalah ayah mereka
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 397, hadis no. 134. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dia berkata dalam al-Maqasid: Padanya ada irsal (putus rantaian) dan kelemahan, tetapi mempunyai sokongan riwayat daripada Jabir: Sesungguhnya Allah menjadikan zuriat setiap nabi dari sulbinya, dan Allah menjadikan zuriatku pada sulbi Ali, dan sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain. Ibn al-Jauzi berkata: Ia tidak sahih.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman