Setiap anak Adam bergabung dengan ‘asabah (kaum kerabat) bapa mereka melainkan anak cucu Fatimah

TEKS BAHASA ARAB

كل بني آدم ينتمون إلى عصبة أبيهم إلا ولد فاطمة فإني أنا أبوهم وأنا عصبتهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Setiap anak Adam bergabung dengan ‘asabah (kaum kerabat) bapa mereka melainkan anak cucu Fatimah. Sesungguhnya akulah bapa mereka dan kaum kerabat mereka.

STATUS

(Terdapat riwayat sokongan)

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 98. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«كُلُّ بَنِي آدَمَ يَنْتَمُونَ إِلَى عَصَبَةِ أَبِيهِمْ إِلا وَلَدَ فَاطِمَةَ فَإِنِّي أَنَا أَبُوهُمْ وَأَنَا عَصَبَتُهُمْ» فِيهِ إرْسَال وَضعف وَلَكِن لَهُ شَاهد عَن جَابر رَفعه: «إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى جَعَلَ ذُرِّيَّةَ كُلِّ نَبِيٍّ فِي صُلْبِهِ وَإِنَّ اللَّهَ تَعَالَى جَعَلَ ذُرِّيَّتِي فِي صلب عَليّ» وَبَعْضهمْ يُقَوي بَعْضًا، وَقَول ابْن الْجَوْزِيّ أَنه لَا يَصح لَيْسَ بجيد. وَفِيه دَلِيل لاختصاصه صلى الله عَلَيْهِ وَسلم بِهِ.

“Setiap anak Adam bergabung dengan ‘asabah (kaum kerabat) bapa mereka melainkan anak cucu Fatimah. Sesungguhnya akulah bapa mereka dan kaum kerabat mereka.” Ia ada unsur mursal dan lemah akan tetapi ia mempunyai syahid (riwayat sokongan) daripada Jabir yang diriwayatkan secara marfu’: “Sesungguhnya Allah SWT menjadikan keturunan setiap Nabi pada sulbinya sendiri dan Allah menjadikan keturunan aku dari sulbi ‘Ali.” Sebahagian riwayat menguatkan yang lain. Ucapan Ibn al-Jawzi yang mengatakan bahawa ia tidak sahih tidaklah benar. Hadith ini juga adalah merupakan satu keistimewaan Nabi SAW.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs