Terdapat riwayat sokongan
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كُلُّ بَنِي آدَمَ يَنْتَمُونَ إِلَى عَصَبَةِ أَبِيهِمْ إِلا وَلَدَ فَاطِمَةَ فَإِنِّي أَنَا أَبُوهُمْ وَأَنَا عَصَبَتُهُمْ.
Teks Bahasa Melayu
Setiap anak Adam bergabung dengan ‘asabah (kaum kerabat) bapa mereka melainkan anak cucu Fatimah. Sesungguhnya akulah bapa mereka dan kaum kerabat mereka.
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Terdapat riwayat sokongan
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 98. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
«كُلُّ بَنِي آدَمَ يَنْتَمُونَ إِلَى عَصَبَةِ أَبِيهِمْ إِلا وَلَدَ فَاطِمَةَ فَإِنِّي أَنَا أَبُوهُمْ وَأَنَا عَصَبَتُهُمْ» فِيهِ إرْسَال وَضعف وَلَكِن لَهُ شَاهد عَن جَابر رَفعه: «إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى جَعَلَ ذُرِّيَّةَ كُلِّ نَبِيٍّ فِي صُلْبِهِ وَإِنَّ اللَّهَ تَعَالَى جَعَلَ ذُرِّيَّتِي فِي صلب عَليّ» وَبَعْضهمْ يُقَوي بَعْضًا، وَقَول ابْن الْجَوْزِيّ أَنه لَا يَصح لَيْسَ بجيد. وَفِيه دَلِيل لاختصاصه صلى الله عَلَيْهِ وَسلم بِهِ.
“Setiap anak Adam bergabung dengan ‘asabah (kaum kerabat) bapa mereka melainkan anak cucu Fatimah. Sesungguhnya akulah bapa mereka dan kaum kerabat mereka.” Ia ada unsur mursal dan daif akan tetapi ia mempunyai syahid (riwayat sokongan) daripada Jabir yang diriwayatkan secara marfu’: “Sesungguhnya Allah SWT menjadikan keturunan setiap Nabi pada sulbinya sendiri dan Allah menjadikan keturunan aku dari sulbi ‘Ali.” Sebahagian riwayat menguatkan yang lain. Ucapan Ibn al-Jawzi yang mengatakan bahawa ia tidak sahih tidaklah benar. Hadith ini juga adalah merupakan satu keistimewaan Nabi SAW.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman