Setiap anak Adam adalah pendengki

TEKS BAHASA ARAB

كل بني آدم حسود، وبعض الناس في الحسد أفضل من بعض، فلا يضر حاسداً حسده ما لم يتكلم بلسان، أو يعمل به باليد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Setiap anak Adam adalah pendengki. Dan sebahagian manusia dalam hasad itu adalah lebih baik daripada sebahagian yang lain. Hasad tidak akan memberi mudarat kepada seseorang itu selama dia tidak bercakap dengan lidah atau melakukan sesuatu dengan tangannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 58, hadis nombor 252. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – مرفوعا: ((كل بني آدم حسود، وبعض الناس في الحسد أفضل من بعض، فلا يضر حاسداً حسده ما لم يتكلم بلسان، أو يعمل به باليد)). [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (3091، 6822)].

(Lemah)
Daripada Anas ibn Mālik RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Setiap anak Adam adalah pendengki. Dan sebahagian manusia dalam hasad itu adalah lebih baik daripada sebahagian yang lain. Hasad tidak akan memberi mudarat kepada seseorang itu selama dia tidak bercakap dengan lidah atau melakukan sesuatu dengan tangannya.))
[Riwayat Abū Nu‘aym dalam Akhbār Aṣbahān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3091, 6822].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs