Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كلُّ بَنِى آدمَ حَسُودٌ، وبَعْضُ الناسِ في الحَسَدِ أَفْضَلُ من بعضٍ، فلا يَضُرُّ حاسِدًا حَسَدُه ما لم يَتَكَلَّمْ بلِسَانٍ، أو يَعْمَلْ به باليَدِ.
Teks Bahasa Melayu
Setiap anak Adam adalah pendengki. Dan sebahagian manusia dalam hasad itu adalah lebih baik daripada sebahagian yang lain. Hasad tidak akan memberi mudarat kepada seseorang itu selama dia tidak bercakap dengan lidah atau melakukan sesuatu dengan tangannya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 58, hadis no. 252. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه - مرفوعا: ((كل بني آدم حسود، وبعض الناس في الحسد أفضل من بعض، فلا يضر حاسداً حسده ما لم يتكلم بلسان، أو يعمل به باليد)). [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (3091، 6822)].
(Daif) Daripada Anas ibn Mālik RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Setiap anak Adam adalah pendengki. Dan sebahagian manusia dalam hasad itu adalah lebih baik daripada sebahagian yang lain. Hasad tidak akan memberi mudarat kepada seseorang itu selama dia tidak bercakap dengan lidah atau melakukan sesuatu dengan tangannya.)) [Riwayat Abū Nu‘aym dalam Akhbār Aṣbahān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3091, 6822].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman