Setengah daripada sebab digali kubur untuk umatku (faktor kematian) adalah disebabkan oleh penyakit 'ain

TEKS BAHASA ARAB

نصف ما يحفر لأمتي من القبور من العين

TEKS BAHASA MALAYSIA

Setengah daripada sebab digali kubur untuk umatku (faktor kematian) adalah disebabkan oleh penyakit ‘ain.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1727, hadis nombor 8685. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أسماء بنت عميس -رضي الله عنها- قالت: سمعت رسول الله -صلى الله عليه وسلم- يقول: ((نصف ما يحفر لأمتي من القبور من العين.)) [طب، ((الضعيفة)) (1648)]

(Palsu)
Daripada Asma’ binti ‘Umais RA beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ((Setengah daripada sebab digali kubur untuk umatku (faktor kematian) adalah disebabkan oleh penyakit ‘ain.)).
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 1648].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs