Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لما نزل عليه الوحيُ بحِراءٍ مكث أيامًا لا يَرَى جبريلَ، فحَزِنَ حُزْنًا شديدًا حتى كان يَغْدُو إلى (ثَبِيرٍ) مرةً، وإلى (حِراءٍ) مرةً، يريدُ أن يُلْقِيَ بنفسِه منه، فبينا هو كذلك عامدًا لبعضِ تلك الجبالِ، إذ سَمِعَ صوتًا من السماءِ فوقف صَعِقًا للصوتِ، ثم رفع رأسَه فإذا جبريلُ على كُرْسِيٍّ بين السماءِ والأرضِ مُتَرَبِّعًا عليه يقولُ: يا مُحَمَّدُ أنت رسولُ اللهِ حَقًّا، وأنا جبريلُ، قال: فانصرف رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم وقد أَقَرَّ اللهُ عينَه، وربط جَأْشَه.
Teks Bahasa Melayu
Setelah wahyu turun kepada Rasulullah SAW di Gua Hira’, Baginda tidak lagi melihat Jibril selama beberapa hari. Baginda menjadi sangat sedih, berulang alik ke bukit Thabir, dan ke gua Hira’. Baginda mahu terjun dari gunung tersebut. Ketika Baginda hampir menjatuhkan diri dari lereng gunung, Baginda terdengar satu suara dari langit. Baginda terhenti kerana kuatnya suara tersebut. Baginda mendongakkan kepalanya, lalu terlihat Jibril sedang bersila di atas kursi antara langit dan bumi. Jibril berkata: Wahai Muhammad, engkau adalah utusan Allah yang sebenar, dan aku adalah Jibril. Lalu Rasulullah SAW pulang, dalam keadaan Allah telah menyejukkan matanya dan meredakan kegundahan Baginda.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1060, hadis no. 5414. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن ابن عباس رضي الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم لما نزل عليه الوحي بحراء مكث أياما لا يرى جبريل فحزن حزنا شديدا حتى كان يغدوإلى (ثبير) مرة وإلى (حراء) مرة يريد أن يلقي بنفسه منه فبينا هو كذلك عامدا لبعض تلك الجبال إذ سمع صوتا من السماء فوقف صعقا للصوت ثم رفع رأسه فإذا جبريل على كرسي بين السماء والأرض متربعا عليه يقول: يا محمد أنت رسول الله حقا وأنا جبريل قال: فانصرف رسول الله صلى الله عليه وسلم وقد أقر الله عينه وربط جأشه. [ابن سعد، الضعيفة 1052,4858]
(Batil) Daripada Ibn ‘Abbas ra, bahawa setelah wahyu turun kepada Rasulullah SAW di Gua Hira’, Baginda tidak lagi melihat Jibril selama beberapa hari. Baginda menjadi sangat sedih, berulang alik ke bukit Thabir, dan ke gua Hira’. Baginda mahu terjun dari gunung tersebut. Ketika Baginda hampir menjatuhkan diri dari lereng gunung, Baginda terdengar satu suara dari langit. Baginda terhenti kerana kuatnya suara tersebut. Baginda mendongakkan kepalanya, lalu terlihat Jibril sedang bersila di atas kursi antara langit dan bumi. Jibril berkata: Wahai Muhammad, engkau adalah utusan Allah yang sebenar, dan aku adalah Jibril. Lalu Rasulullah SAW pulang, dalam keadaan Allah telah menyejukkan matanya dan meredakan kegundahan Baginda. [Riwayat Ibn Sa‘d dalam al-Tabaqat. Lihat Silsilah al-Dha'ifah (1052, 4858)]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman