Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أتاني جبريلُ - عليه السلامُ - فقال: إذا أَنْتَ عَطَسْتَ فقلْ: الحمدُ للهِ كَكَرَمِهِ، والحمدُ للهِ كعِزِّ جلالِهِ، فإن اللهَ - عز وجل - يقولُ: صدق عبدي، صدق عبدي، مغفورًا له.
Teks Bahasa Melayu
Jibril AS telah datang kepadaku lalu dia berkata: 'Setelah kamu bersin, hendaklah kamu mengucapkan: Segala puji bagi Allah sama seperti kemuliaan-Nya, dan segala puji bagi Allah sama seperti keagungan kekuasaan-Nya. Kerana Allah akan mengatakan: Telah benar hamba-Ku, telah benar hamba-Ku, telah benar hamba-Ku, dan akan diberikan keampunan untuknya'.
Sahabat Perawi
- Abu Rafi’ RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 183, hadis no. 940. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Terlalu Daif) Daripada Abu Rafi’ RA, beliau berkata: Aku keluar bersama dengan Rasulullah SAW daripada rumah Baginda untuk menuju ke masjid, dan Baginda memegang tanganku. Lalu kami pun berhenti di perkuburan al-Baqi’. Kemudian Rasulullah SAW bersin lalu Baginda melepaskan tanganku. Kemudian Baginda berdiri seperti seorang yang dalam kehairanan. Maka aku berkata: "Wahai Nabi Allah, demi bapa dan ibuku menjadi galang gantimu, kamu telah menyebut sesuatu yang aku tidak memahaminya." Baginda bersabda: "Ya, benar. Jibril AS telah datang kepadaku lalu dia berkata: 'Setelah kamu bersin, hendaklah kamu mengucapkan: Segala puji bagi Allah sama seperti kemuliaan-Nya, dan segala puji bagi Allah sama seperti keagungan kekuasaan-Nya. Kerana Allah akan mengatakan: Telah benar hamba-Ku, telah benar hamba-Ku, telah benar hamba-Ku, dan akan diberikan keampunan untuknya'." [Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1754]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman