Setelah Allah menciptakan akal lalu Allah berfirman kepadanya,

TEKS BAHASA ARAB

 لَمَّا خَلَقَ اللَهُ الْعَقْلَ قَالَ لَهُ: أَقْبِلْ فَأَقْبَلَ ثُمَّ قَالَ لَهُ: أَدْبِرْ فَأَدْبَرَ فَقَالَ: مَا خَلَقْتُ خَلْقًا أَكْرَمَ عَلَيَّ مِنْكَ بِكَ آخُذُ وَبِكَ أُعْطِي

TEKS BAHASA MALAYSIA

Setelah Allah menciptakan akal lalu Allah berfirman kepadanya, ‘Majulah!’ Maka, akal pun maju. Kemudian Allah berfirman,’Berundurlah!’ Maka akal pun berundur (tidak maju). Lalu Allah berfirman, ‘Tidaklah Aku ciptakan suatu yang lebih mulia bagi-Ku daripada kamu (iaitu akal). Dengan sebab kamu, Aku ambil dan dengan sebab kamu juga Aku beri.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Ciri 10 Hadis-hadis yang menyebutkan kelebihan Akal

Antara ciri lain ialah setiap hadis yang menyebutkan (kelebihan) akal semuanya palsu seperti hadis berikut:
لَمَّا خَلَقَ اللَهُ الْعَقْلَ قَالَ لَهُ: أَقْبِلْ فَأَقْبَلَ ثُمَّ قَالَ لَهُ: أَدْبِرْ فَأَدْبَرَ فَقَالَ: مَا خَلَقْتُ خَلْقًا أَكْرَمَ عَلَيَّ مِنْكَ بِكَ آخُذُ وَبِكَ أُعْطِي
“Setelah Allah menciptakan akal lalu Allah berfirman kepadanya, ‘Majulah!’ Maka, akal pun maju. Kemudian Allah berfirman,’Berundurlah!’ Maka akal pun berundur (tidak maju). Lalu Allah berfirman, ‘Tidaklah Aku ciptakan suatu yang lebih mulia bagi-Ku daripada kamu (iaitu akal). Dengan sebab kamu, Aku ambil dan dengan sebab kamu juga Aku beri.”
———————————————————-
Kata Pentakhrij Buku Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, Cetakan Kemilau Publika:
Direkodkan oleh al-‘Uqaili di dalam kitab adh-Dhu’afa’ (3/175) dan Ibnu ‘Adi di dalam kitab al-Kamil (4/16) daripada Fadhl bin ‘Isa. Hadis ini juga direkodkan oleh al-Baihaqi di dalam kitab Syu’bul Iman (4645) dan Ibnu Jauzi di dalam kitab al-Maudhu’at (1/272). Ibnu Jauzi menegaskan bahawa hadis ini tidak sahih dan tidak ada padanya sesuatu yang tepat. Imam Ahmad juga berpendapat hadis ini maudhu’ (palsu). Rujuk: Mizan al-‘Itidal (3/56), Al-Lali’ al-Masnu’ah (1/129), Tanzih asy-Syari’ah (1/203) dan al-Fawaid al-Majmu’ah (ms 477-478).

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon