Sesungguhnya Yūsha‘ bin Nūn pernah berdoa kepada Tuhannya: Ya Allah! Aku meminta kepada-Mu dengan nama-Mu

TEKS BAHASA ARAB

إن يوشع بن نون دعا ربه: اللهم! إني أسألك باسمك الزكي الطاهر المطهر المقدس المخزون الرحيم الصادق، عالم الغيب والشهادة، بديع السماوات والأرض ونورهن وقيمهن، ذي الجلال والإكرام، حنان، جبار، نور، قدوس، حي لا يموت، قال: هذا ما دعاه به فحبست الشمس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Yūsha‘ bin Nūn pernah berdoa kepada Tuhannya: Ya Allah! Aku meminta kepada-Mu dengan nama-Mu Yang Suci, Bersih, Yang Dibersihkan, Yang Disucikan, Yang Tersimpan, Yang Maha Penyayang, Yang Benar, Tuhan yang mengetahui perkara ghaib dan nyata, pencipta langit-langit dan bumi, yang menerangi langit dan bumi serta penjaganya (langit dan bumi), Tuhan yang memiliki keagungan dan kemuliaan, Yang Maha Simpati, Yang Maha Perkasa, Yang Bercahaya, Yang Maha Suci, Maha Hidup Tidak Mati. Baginda bersabda: Inilah yang beliau doakan sehingga matahari ditahan (daripada terbenam).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1454, hadis nombor 7397. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ((إن يوشع بن نون دعا ربه: اللهم! إني أسألك باسمك الزكي الطاهر المطهر المقدس المخزون الرحيم الصادق، عالم الغيب والشهادة، بديع السماوات والأرض ونورهن وقيمهن، ذي الجلال والإكرام، حنان، جبار، نور، قدوس، حي لا يموت))، قال: ((هذا ما دعاه به فحبست الشمس)). [الرافعي، ((الضعيفة)) (3307)]

(Munkar)
Daripada Anas bin Mālik RA daripada Nabi SAW, baginda bersabda: Sesungguhnya Yūsha‘ bin Nūn pernah berdoa kepada Tuhannya: Ya Allah! Aku meminta kepada-Mu dengan nama-Mu Yang Suci, Bersih, Yang Dibersihkan, Yang Disucikan, Yang Tersimpan, Yang Maha Penyayang, Yang Benar, Tuhan yang mengetahui perkara ghaib dan nyata, pencipta langit-langit dan bumi, yang menerangi langit dan bumi serta penjaganya (langit dan bumi), Tuhan yang memiliki keagungan dan kemuliaan, Yang Maha Simpati, Yang Maha Perkasa, Yang Bercahaya, Yang Maha Suci, Maha Hidup Tidak Mati. Baginda bersabda: Inilah yang beliau doakan sehingga matahari ditahan (daripada terbenam).
[Riwayat al-Rāfi‘ī dalam Tārīkh Qazwīn. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3307]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs