Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ يوشعَ بنَ نونٍ دعا ربَّهُ: اللَّهمَّ! إنِّي أسالك باسمِكَ الزكى الطَّاهرِ المطهَّرِ المقدَّسِ المخزونِ الرَّحيمِ الصَّادقِ، عالِمِ الغيبِ والشهاده، بديعِ السَّماواتِ والأرضِ ونورِهِنَّ وقيِّمِهِنَّ، ذى الجلالِ والإِكْرامِ، حنَّانٍ، جبَّارٍ، نورٍ، قدُّوسٍ، حي لا يموتُ، قال: هذا ما دعاه بهِ فحبُسَتِ الشَّمسُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Yūsha‘ bin Nūn pernah berdoa kepada Tuhannya: Ya Allah! Aku meminta kepada-Mu dengan nama-Mu Yang Suci, Bersih, Yang Dibersihkan, Yang Disucikan, Yang Tersimpan, Yang Maha Penyayang, Yang Benar, Tuhan yang mengetahui perkara ghaib dan nyata, pencipta langit-langit dan bumi, yang menerangi langit dan bumi serta penjaganya (langit dan bumi), Tuhan yang memiliki keagungan dan kemuliaan, Yang Maha Simpati, Yang Maha Perkasa, Yang Bercahaya, Yang Maha Suci, Maha Hidup Tidak Mati. Baginda bersabda: Inilah yang beliau doakan sehingga matahari ditahan (daripada terbenam).
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1454, hadis no. 7397. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ((إن يوشع بن نون دعا ربه: اللهم! إني أسألك باسمك الزكي الطاهر المطهر المقدس المخزون الرحيم الصادق، عالم الغيب والشهادة، بديع السماوات والأرض ونورهن وقيمهن، ذي الجلال والإكرام، حنان، جبار، نور، قدوس، حي لا يموت))، قال: ((هذا ما دعاه به فحبست الشمس)). [الرافعي، ((الضعيفة)) (3307)]
(Munkar) Daripada Anas bin Mālik RA daripada Nabi SAW, baginda bersabda: Sesungguhnya Yūsha‘ bin Nūn pernah berdoa kepada Tuhannya: Ya Allah! Aku meminta kepada-Mu dengan nama-Mu Yang Suci, Bersih, Yang Dibersihkan, Yang Disucikan, Yang Tersimpan, Yang Maha Penyayang, Yang Benar, Tuhan yang mengetahui perkara ghaib dan nyata, pencipta langit-langit dan bumi, yang menerangi langit dan bumi serta penjaganya (langit dan bumi), Tuhan yang memiliki keagungan dan kemuliaan, Yang Maha Simpati, Yang Maha Perkasa, Yang Bercahaya, Yang Maha Suci, Maha Hidup Tidak Mati. Baginda bersabda: Inilah yang beliau doakan sehingga matahari ditahan (daripada terbenam). [Riwayat al-Rāfi‘ī dalam Tārīkh Qazwīn. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3307]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman