Sesungguhnya yang paling kuat dari kalangan kamu ialah mereka yang paling mampu menguasai dirinya ketika marah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن أشدكم أملككم لنفسه عند الغضب، وأحلمكم من عفا بعد القدرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya yang paling kuat dari kalangan kamu ialah mereka yang paling mampu menguasai dirinya ketika marah, dan yang paling lemah lembut dari kalangan kamu ialah seseorang yang memaafkan ketika dia mampu (mengambil tindakan).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 146, hadis nombor 737. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علي بن أبي طالب: أن النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ على قوم يقلون حجراً فقال: ((ما هذا؟)). قالوا: حجر الأشداء. قال: ((إنَّ أشدَّكم أملكُكم لنفسه عند الغضب، وأحلمَكم مَنْ عفا بعْد القُدرةِ)). [فر، ((الضعيفة)) (7014)]

(Lemah)
Daripada ‘Alī bin Abī Ṭālib RA: Bahawasanya Nabi SAW lalu di kawasan sesuatu kaum yang sedang mengangkut batu-bata. Baginda bertanya: “Apakah ini?” Mereka berkata: Batu Al-Ashidda’ (Golongan yang kuat). Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya yang paling kuat dari kalangan kamu ialah mereka yang paling mampu menguasai dirinya ketika marah, dan yang paling lemah lembut dari kalangan kamu ialah seseorang yang memaafkan ketika dia mampu (mengambil tindakan)”.
[Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7014]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.