Sesungguhnya yang paling baik dari umatku ialah yang terawal dan terakhir daripada mereka

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن خيار أمتي أولها وآخرها، وبين ذلك ثبج أعوج، ليسوا مني، ولست منهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya yang paling baik dari umatku ialah yang terawal dan terakhir daripada mereka. Adapun di antara itu ialah mereka yang berada di pertengahan lagi menyimpang. Mereka bukan dari kalangan aku dan aku bukan dari kalangan mereka.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1835-1836, hadis nombor 9250. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عبد الله بن واقد السعدي -رضي الله عنه- مرفوعا: إن خيار أمتي أولها وآخرها، وبين ذلك ثبج أعوج، ليسوا مني، ولست منهم. [الطحاوي في (المشكل)، (الضعيفة) (3559)].

(Sangat Lemah) Daripada Abdullah bin Waqid al-Sa’di RA berkata, Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya yang paling baik dari umatku ialah yang terawal dan terakhir daripada mereka. Adapun di antara itu ialah mereka yang berada di pertengahan lagi menyimpang. Mereka bukan dari kalangan aku dan aku bukan dari kalangan mereka." [Riwayat al-Tahawi dan al-Musykil. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3559]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.