Sesungguhnya yang mengubah akhlak adalah sama seperti yang mengubah kejadiannya

TEKS BAHASA ARAB

إن مغير الخلق كمغير الخلق، إنك لا تستطيع أن تغير خلقه حتى تغير خلقه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya yang mengubah akhlak adalah sama seperti yang mengubah kejadiannya. Sesungguhnya kamu tidak mampu untuk mengubah akhlaknya, sehinggalah kamu mengubah kejadiannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 42, hadis nombor 165. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إن مغير الخلق كمغير الخلق، إنك لا تستطيع أن تغير خلقه حتى تغير خلقه)).
[أبي عاصم، ع، د، فر، ((الضعيفة)) (2580)]

(Lemah) Daripada Abū Hurayrah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya yang mengubah akhlak adalah sama seperti yang mengubah kejadiannya. Sesungguhnya kamu tidak mampu untuk mengubah akhlaknya, sehinggalah kamu mengubah kejadiannya.
[Riwayat Ibn Abū ‘Āṣim dalam al-Sunnah, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no 2580]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.