Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن مُغَيِّرَ الخُلُقِ كمُغَيِّرِ الخَلْقِ، إنك لا تستطيعُ أن تُغَيِّرَ خُلُقَهُ حتى تُغَيِّرَ خَلْقَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya yang mengubah akhlak adalah sama seperti yang mengubah kejadiannya. Sesungguhnya kamu tidak mampu untuk mengubah akhlaknya, sehinggalah kamu mengubah kejadiannya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 42, hadis no. 165. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إن مغير الخلق كمغير الخلق، إنك لا تستطيع أن تغير خلقه حتى تغير خلقه)). [أبي عاصم، ع، د، فر، ((الضعيفة)) (2580)]
(Daif) Daripada Abū Hurayrah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya yang mengubah akhlak adalah sama seperti yang mengubah kejadiannya. Sesungguhnya kamu tidak mampu untuk mengubah akhlaknya, sehinggalah kamu mengubah kejadiannya. [Riwayat Ibn Abū ‘Āṣim dalam al-Sunnah, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no 2580]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman