Sesungguhnya yang mengetahui kelebihan orang

TEKS BAHASA ARAB

إِنَّمَا يَعْرِفُ الفَضْلَ لأَهْلِ الفَضْلِ أهلُ الفَضْلِ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya yang mengetahui kelebihan orang yang mempunyai kelebihan hanya orang yang ada kelebihan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 24, hadis nombor 111. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Hadis ini termasuk dalam hadis-hadis yang penulis sendiri hukumkan sebagai palsu dalam Zail al-Maudhu’at. Ia adalah dari riwayat al-Abbas bin Bakkar al-Dhibbi seorang pemalsu hadis dan disebabkan ia datang dengan sebab yang diketahui daripada konteksnya ia adalah palsu. Saya telah hurai panjang perkara ini dalam al-Mustakhraj ‘ala Musnad al-Syihab.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs