Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya yang melakukan perbuatan ini (iaitu mencium tangan) adalah golongan ‘ajam (bukan arab)

Teks Bahasa Arab

إنما يَفْعَلُ هذا (يعني تقبيلَ اليَدِ) الأعاجِمُ بِملوكِها، وإني لَسْتُ بِمَلِكٍ، إنما أنَاْ رجلٌ منكم.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya yang melakukan perbuatan ini (iaitu mencium tangan) adalah golongan ‘ajam (bukan arab) kepada raja-raja mereka. Sesungguhnya aku bukanlah raja, aku hanyalah seorang lelaki daripada kalangan kamu.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 173, hadis no. 873. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: إنما يفعل هذا (يعني تقبيل اليد) الأعاجم بملوكها، وإني لست بملك، إنما أنا رجل منكم. [((الضعيفة)) (578)]

(Palsu) Daripada Abu Hurairah - Raḍiyallāhu ‘anhu - secara Marfu’: “Sesungguhnya yang melakukan perbuatan ini (iaitu mencium tangan) adalah golongan ‘ajam (bukan arab) kepada raja-raja mereka. Sesungguhnya aku bukanlah raja, aku hanyalah seorang lelaki daripada kalangan kamu.” [Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 574]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.