Sesungguhnya yang masuk ke dalam syurga hanyalah mereka yang mengharapkannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إنما يدخل الجنة من يرجوها، ويجنب النار من يخافها، وإنما يرحم الله من عباده الرحماء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya yang masuk ke dalam syurga hanyalah mereka yang mengharapkannya. Dan dijauhkan neraka itu kepada mereka yang takutkannya. Dan sesungguhnya yang Allah SWT kasihi daripada kalangan hamba-Nya adalah golongan yang pengasih.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 52, hadis nombor 216. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((إنما يدخل الجنة من يرجوها، ويجنب النار من يخافها، وإنما يرحم الله من عباده الرحماء)). [حل، أبو نعيم في ((صفة الجنة))، فر، ((الضعيفة)) (3225)].

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW) : ((Sesungguhnya yang masuk ke dalam syurga hanyalah mereka yang mengharapkannya. Dan dijauhkan neraka itu kepada mereka yang takutkannya. Dan sesungguhnya yang Allah SWT kasihi daripada kalangan hamba-Nya adalah golongan yang pengasih.))
[Riwayat Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah dan Ṣifat al-Jannah, dan al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3225.]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.