Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّما يدخُلُ الجنَّةَ مَن يَرجوها، ويجنَّبُ النَّارَ مَن يخافُها وإنَّما يرحمُ اللَّهُ مِن عبادِهِ الرُّحماءَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya yang masuk ke dalam syurga hanyalah mereka yang mengharapkannya. Dan dijauhkan neraka itu kepada mereka yang takutkannya. Dan sesungguhnya yang Allah SWT kasihi daripada kalangan hamba-Nya adalah golongan yang pengasih.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 52, hadis no. 216. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((إنما يدخل الجنة من يرجوها، ويجنب النار من يخافها، وإنما يرحم الله من عباده الرحماء)). [حل، أبو نعيم في ((صفة الجنة))، فر، ((الضعيفة)) (3225)].
(Daif) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW) : ((Sesungguhnya yang masuk ke dalam syurga hanyalah mereka yang mengharapkannya. Dan dijauhkan neraka itu kepada mereka yang takutkannya. Dan sesungguhnya yang Allah SWT kasihi daripada kalangan hamba-Nya adalah golongan yang pengasih.)) [Riwayat Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah dan Ṣifat al-Jannah, dan al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3225.]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman