Sesungguhnya yang berat itu adalah ketika diantara kamu dipenuhi dengan perasaan marah lalu dia mengalahkannya

TEKS BAHASA ARAB

أتحسبون الشدة في حمل الحجارة؟ إنما الشدة أن يمتلئ أحدكم غيظا ثم يغلبه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adakah kamu merasa sukar pada perbuatan memikul batu? Sesungguhnya yang berat itu adalah ketika salah seorang kamu dipenuhi dengan perasaan marah lalu dia mengalahkannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 24, hadis nombor 67. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عامر بن سعد أن النبي – صلى الله عليه وسلم – مرّ بناس يتجاذون مهراسا، فقال: ((أتحسبون الشدة في حمل الحجارة؟ إنما الشدة أن يمتلئ أحدكم غيظا ثم يغلبه)).
[ابن المبارك، ابن وهب، أبو عبيد، ((الضعيفة)) (1702)]

(Lemah) Daripada ‘Amir bin Sa’d bahawa Nabi SAW melalui jalan yang dipenuhi orang ramai yang sedang mengangkat sebuah batu besar. Lalu Baginda bersabda: Adakah kamu merasa sukar pada perbuatan memikul batu? Sesungguhnya yang berat itu adalah ketika salah seorang kamu dipenuhi dengan perasaan marah lalu dia mengalahkannya.
[Riwayat Ibn al-Mubarak, Ibn Wahb, Abu ‘Ubaid. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1702]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs