Sesungguhnya yang akan memasuki syurga

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إنما يدخل الجنة من يرجوها، ويجنب النار من يخافها، وإنما يرحم الله من عباده الرحماء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya yang akan memasuki syurga adalah orang yang menginginkannya, dan yang akan menjauhi neraka adalah orang yang takutkannya. Sesungguhnya Allah akan merahmati hamba-hamba-Nya yang bersifat rahmat dan kasih (kepada orang lain).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 662, hadis nombor 3420. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((إنما يدخل الجنة من يرجوها، ويجنب النار من يخافها، وإنما يرحم الله من عباده الرحماء)). [حل، أبو نعيم في ((صفة الجنة))، فر، ((الضعيفة)) (3225)]

(Lemah) Daripada Ibnu Umar RA secara marfu’: “Sesungguhnya yang akan memasuki syurga adalah orang yang menginginkannya, dan yang akan menjauhi neraka adalah orang yang takutkannya. Sesungguhnya Allah akan merahmati hamba-hamba-Nya yang bersifat rahmat dan kasih (kepada orang lain).” [Riwayat Abu Nuaim dalam al-Hilyah, Abu Nuaim dalam Sifat al-Jannah, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3225]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.