Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّما يدخُلُ الجنَّةَ مَن يَرجوها، ويجنَّبُ النَّارَ مَن يخافُها وإنَّما يرحمُ اللَّهُ مِن عبادِهِ الرُّحماءَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya yang akan memasuki syurga adalah orang yang menginginkannya, dan yang akan menjauhi neraka adalah orang yang takutkannya. Sesungguhnya Allah akan merahmati hamba-hamba-Nya yang bersifat rahmat dan kasih (kepada orang lain).
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 662, hadis no. 3420. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((إنما يدخل الجنة من يرجوها، ويجنب النار من يخافها، وإنما يرحم الله من عباده الرحماء)). [حل، أبو نعيم في ((صفة الجنة))، فر، ((الضعيفة)) (3225)]
(Lemah) Daripada Ibnu Umar RA secara marfu’: “Sesungguhnya yang akan memasuki syurga adalah orang yang menginginkannya, dan yang akan menjauhi neraka adalah orang yang takutkannya. Sesungguhnya Allah akan merahmati hamba-hamba-Nya yang bersifat rahmat dan kasih (kepada orang lain).” [Riwayat Abu Nuaim dalam al-Hilyah, Abu Nuaim dalam Sifat al-Jannah, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3225]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman