Sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj daripada keturunan Adam

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن يأجوج ومأجوج من ولد آدم، وإنهم لو أرسلوا إلى الناس لأفسدوا عليهم معايشهم، ولن يموت منهم أحد إلا ترك من ذريته ألفا فصاعدا، وإن من ورائهم ثلاث أمم: تاويل، وتاريس، ومنسك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj daripada keturunan Adam. Sekiranya mereka diutuskan kepada suatu kaum, mereka akan merosakkan kehidupan kaum tersebut. Dan setiap seorang daripada mereka tidak akan mati, melainkan dia akan meninggalkan seribu zuriat atau lebih. Terdapat tiga golongan yang berada di belakang mereka: Tawil, Taris dan Mansak.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 478, hadis nombor 2568. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبد الله بن عمرو -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((إن يأجوج ومأجوج من ولد آدم، وإنهم لو أرسلوا إلى الناس لأفسدوا عليهم معايشهم، ولن يموت منهم أحد إلا ترك من ذريته ألفا فصاعدا، وإن من ورائهم ثلاث أمم: تاويل، وتاريس، ومنسك)). [طب، طس، الطيالسي، ((الضعيفة)) (4142)]

(Munkar)
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (menisbahkannya kepada Nabi SAW): “Sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj daripada keturunan Adam. Sekiranya mereka diutuskan kepada suatu kaum, mereka akan merosakkan kehidupan kaum tersebut. Dan setiap seorang daripada mereka tidak akan mati, melainkan dia akan meninggalkan seribu zuriat atau lebih. Terdapat tiga golongan yang berada di belakang mereka: Tawil, Taris dan Mansak.”
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Mu'jam al-Awsat, dan al-Tayalisi. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4142]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.