Sesungguhnya Yahudi datang kepada Nabi SAW dan bertanya tentang penciptaan langit dan bumi

TEKS BAHASA ARAB

عن ابن عباس قال: أن اليهود أتت النبي صلى الله عليه وسلم، فسألته عن خلق السماوات والأرض؛ قال: (خلق اَللَّه الأرض يوم الأحد والإثنين، وخلق الجبال يوم الثلاثاء وما فيهنّ من منافع، وخلق يوم اَلْأَرْبِعَاء الشّجر وَالْمَدَائِن والعمران والخراب؛ فهذه أربعة، ثم قال: (أئنكم لتكفرون بالذي خلق الأرض في يومين وتجعلون له أنداداً ذلك ربّ العالمين. وجعل فيها رواسي من فوقها وبارك فيها وقدّر فيها أقواتها في أربعة أيام سواءً لِلسَّائِلِينَ) لمن سأل، وخلق يوم اَلْخَمِيس السماء، وخلق يوم الجمعة النجوم والشمس والقمر والملائكة إلى ثلاث سَاعَات بقيت منه، فخلق في أوّل ساعة من هذه الثلاثة الآجال حين يَمُوت من مات، وفي الثانية ألقى اَلْآفَة على كل شَيْء مما يَنْتَفِع به اَلنَّاس، وفي الثالثة: آدم، وأسكنه الجنة، وَأَمَرَ إبليس بالسجود لَهُ، وَأَخْرَجَهُ منها في آخر ساعة. قالت اَلْيَهُود: ثُمَّ ماذا يا محمد؛ قال: ثم (اِسْتَوَى على العرش) . قالوا: قد أصبت لو أتممت؛ قالوا: ثم اِسْتَرَاحَ. فغضب اَلنَّبِيّ صلى الله عليه وسلم غضباً شديداً؛ فنزل: (ولقد خلقنا السماوات وَالْأَرْض وما بينهم في ستّة أيام وما مسّنا من لُغوب. فاصبر على ما يَقُولُونَ))


TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada Ibn Abbas R.anhuma berkata: Sesungguhnya Yahudi datang kepada Nabi SAW dan bertanya tentang penciptaan langit dan bumi. Baginda berkata: Allah menciptakan bumi pada hari Ahad dan Isnin, mencipta bukit pada hari Selasa dan apa yang ada padanya daripada manfaat-manfaat. Dan mencipta hari Rabu pokok-pokok, bandar-bandar, bangunan-bangunan dan keruntuhan, ini adalah empat perkara. Kemudian Allah berfirman: “Sesungguhnya tidak patut kamu kufur kepada Tuhan yang menciptakan bumi dalam dua masa, dan kamu adakan sekutu-sekutu bagi-Nya! Yang demikian (sifat-Nya dan kekuasaan-Nya) ialah Allah Tuhan sekalian alam. Dan Dia menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya (tersergam tinggi) di atasnya, serta Dia melimpahkan berkat padanya dan Dia menentukan ada pada-Nya bahan-bahan keperluan hidup penduduknya, sekadar yang menyamai hajat yang diminta dan dikehendaki oleh keadaan mereka (semuanya itu berlaku) dalam empat masa.” [Fussilat: 9-10] Bagi siapa yang bertanya dan Allah mencipta langit pada hari Khamis, Allah mencipta pada hari Jumaat bintang-bintang, matahari, bulan, malaikat hingga berbaki tiga tempoh waktu daripadanya. Allah menciptakan pada satu tempoh yang pertama daripada tiga yang berbaki ajal-ajal sehingga mati dan siapa yang mati. Pada jam kedua dicampakkan penyakit-penyakit di atas setiap perkara yang bermanfaat dengannya oleh manusia. Pada jam ketiga: Adam, dan Dia meletakkannya di dalam syurga, memerintahkan iblis untuk sujud kepadanya, mengeluarkannya darinya pada jam terakhir. Telah berkata Yahudi: Kemudian apa lagi wahai Muhammad? Telah berkata: Kemudian: “Lalu Dia istiwa (meninggi) di atas ‘Arash.” [Fussilat: 54] Mereka berkata: Kamu benar jika kamu sempurnakannya. Mereka berkata: Kemudian Dia beristirehat. Nabi SAW teramat marah lalu turun ayat: “Dan demi sesungguhnya! Kami telah menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, dan Kami tidak mengalami sebarang susah payah [Qaf: 38]."


STATUS

Munkar


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1702, hadis nombor 8568. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abdullah bin Abbas RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat Ibn Jarir, dalam Tarikh, al-Hakim dalam al-Mustadrak dan al-Baihaqi dalam al-Asma’ wa al-Sifat.

Ia dinilai munkar oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs