Sesungguhnya wuduk itu tidak wajib kecuali bagi orang yang tidur berbaring

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الوضوء لا يجب إلا على من نام مضطجعا، فإنه إذا اضطجع استرخت مفاصله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya wuduk itu tidak wajib kecuali bagi orang yang tidur berbaring. Ini kerana, orang yang tidur berbaring, sendi-sendinya akan merenggang.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 2, hadis nombor 102. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

منكر.
أخرجه أبو داود (202) ، والترمذي (77) ، وأحمد (1/ 256) ، وابن أبي شيبة في ((المصنف)) (1/ 132) ، والطبراني في ((الكبير)) (ج 12/ رقم 12748) ، وابن عدي في ((الكامل)) (7/ 2731) ، والدارقطني (1/ 159- 160) ، والبيهقي (1/ 121) من طريق عبد السلام بن حرب، عن أبي خالد الدالاني، عن قتادة، عن أبي العالية، عن ابن عباس أنه رأى النبي صلى الله عليه وآله وسلم نام وهو ساجد، حتى غط أو نفخ، ثم قام يصلي. فقلت: يا رسول الله! إنك قد نمت؟ قال: إن الوضوء…الحديث. قال أبو داود: قوله: الوضوء على من نام مضطجعاً: هو حديث منكر، لم يروه إلا يزيد أبو خالد الدالاني عن قتادة. وروى أوله جماعة عن ابن عباس لم يذكروا شيئاً من هذا، وقال: كان النبي صلى الله عليه وآله وسلم محفوظاً. وقالت عائشة: قال النبي صلى الله عليه وآله وسلم: ((تنام عيناي ولا ينام قلبي)) . وقال شعبة إنما سمع قتادة من أبي العالية أربعة أحاديث: حديث يونس ابن متى وحديث ابو عمر في الصلاة وحديث القضاة ثلاثة وحديث ابن عباس: حدثني رجال مرضيون، منهم عمر، وأرضاهم عمر.
قال أبو داود: وذكرت حديث يزيد الدالاني لأحمد بن حنبل فانتهزني استعظاما له، فقال: ما ليزيد الدالاني يدخل على أصحاب قتادة؟ ولم يعبأ بالحديث. أهـ.
وقال الدارقطني:تفرد به أبو خالد، عن قتادة، ولا يصح. وفي نصب الراية (1/ 45) : قال الترمذي في العلل: سألت محمد بن إسماعيل عن هذا الحديث فقال: لا شيء. رواه سعيد بن أبي عروبة عن قتادة عن ابن عباس قوله. ولم يذكر فيه: أبا العالية ولا أعرف لأبي خالد سماعا من قتادة، وأبو خالد صدوق، لكنه يهم في الشيء. أهـ.
فعلق الزيلعي بقوله: وكان هذا على مذهبه – يعني البخاري – في اشتراطه في الأتصال، السماع، ولو مرة.وقال ابن عدي: وهذا يعني الحديث بهذا الإسناد عن قتادة، لا أعلم من يرويه عنه غير أبي خالد، وعن أبي خالد عبد السلام. أهـ. وقال ابن المنذر في الأوسط (1/ 149) : لا يثبت. وقال البيهقي: فأما هذا الحديث فإنه قد أنكره على أبي خالد الدالاني جميع الحفاظ، وأنكر سماعه من قتادة أحمد بن حنبل ومحمد بن إسماعيل البخاري وغيرهما. أهـ. وقال ابن عبد البر في الاستذكار (1/ 191) : وهو عند أهل الحديث منكر، لم يروه مرفوعاً إلى النبي صلى الله عليه وسلم غير أبي خالد الدالاني عن قتادة. أهـ.
وقال ابن حزم في المحلى (1/ 226) : لا حجة فيه، فإنه من رواية عبد السلام بن حرب، عن أبي خالد الدالاني، عن قتادة، عن أبي العالية، عن أبن عباس. وعبد السلام ضعيف لا يحتج به. ضعفه ابن المبارك وغيره. والدالاني ليس بالقوي. وروينا عن شعبة أنه قال: لم يسمع قتادة من أبي العالية إلا أربعه أحاديث ليس هذا منها فسقط جملة، ولله الحمد. أهـ. وقال النووي في المجموع (2/ 20) : وأما حديث الدالاني فجوابه أنه حديث ضعيف باتفاق أهل الحديث، وممن صرح بضعه من المتقدمين: أحمد بن حنبل والبخاري وأبو داود. قال صرح داود وإبراهيم الحربي: هو حديث منكر. ونقل إمام الحرمين في كتابه: الأساليب: إجماع أهل الحديث على ضعفه. وهو كما قال والضعف عليه بين. أ. هـ‍. وكذا قال ابن الملقن في خلاصة البدر المنير(ق 25/ 2).

Munkar. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Abu Daud (202), al-Tirmizi (77), Ahmad (1/256), Ibn Abi Shaybah dalam al-Musannaf (1/132), al-Tabarani dalam al-Kabir (juz 12/hadith : 12748), Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (7/2731), al-Daraqutni (1/159-160), dan al-Baihaqi (1/121) melalui sanad ‘Abd al-Salam bin Harb daripada Abu Khalid al-Dalani daripada Qatadah daripada Abu al-‘Aliyah daripada Ibn ‘Abbas bahawa beliau melihat Nabi SAW tidur sewaktu bersujud hingga berdengkur. Kemudian Baginda SAW bangun dan meneruskan solat". Aku berkata: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya anda telah tertidur?. Baginda SAW menjawab: "Sesungguhnya wuduk…"
Abu Daud berkata: Sabda Baginda SAW: Wuduk adalah bagi orang yang tidur berbaring adalah hadith munkar. Tidak ada yang meriwayatkannya kecuali Yazid, Abu Khalid al-Dalani daripada Qatadah. Bahagian awal hadith tersebut telah diriwayatkan oleh sekumpulan perawi daripada Ibn ‘Abbas, namun mereka tidak menyebutkan apa-apa pun tentang ini, katanya: Nabi SAW terpelihara. ‘Aishah berkata: Nabi SAW bersabda: ‘Kedua mataku tidur, namun hatiku tidak tidur’. Syu’bah berkata bahawa Qatadah hanya mendengar daripada Abu al-‘Aliyah empat hadith sahaja, iaitu hadith Yunus bin Mata, hadith Abu ‘Umar berkenaan solat, hadith keputusan adalah sebanyak tiga kali dan hadith Ibn ‘Abbas: ‘Telah menceritakan kepadaku orang-orang yang diredhai, antara mereka adalah ‘Umar dan yang paling diredhai adalah ‘Umar’". Abu Daud berkata: "Aku telah menyebutkan hadith Yazid al-Dalani kepada Ahmad bin Hanbal, lalu beliau memarahi saya kerana merasakan besar kesalahannya. Beliau berkata: Tidaklah Yazid al-Dalani termasuk dalam kategori murid Qatadah. Beliau tidak bermain-main dengan hadith. Al-Daraqutni berkata: Abu Khalid telah bersendirian meriwayatkannya daripada Qatadah, tidak sahih.
Juga dalam Nasb al-Rayah (1/45): al-Tirmizi berkata dalam al-‘Ilal: Aku pernah bertanya Muhammad bin Isma’il berkenaan hadith ini, lalu beliau menjawab: ‘idak ada nilainya. Sa’id bin Abu ‘Arubah telah meriwayatkannya daripada Qatadah daripada Ibn ‘Abbas melalui kata-kata beliau, namun tidak disebutkan dalam sanadnya nama Abu al-‘Aliyah. Saya tidak tahu Abu Khalid ada mendengar daripada Qatadah. Abu Khalid seorang yang Saduq, namun beliau adakalanya keliru". Al-Zaila’i memberikan komentar dengan kata beliau: Ini selari dengan mazhab beliau maksudnya al-Bukhari dalam mensyaratkan bersambung dan Sama’ (mendengar) walaupun sekali sahaja.
Ibn ‘Adi berkata: Hadith ini dengan sanad ini daripada Qatadah, tidak aku ketahui siapakah yang meriwayatkan daripada beliau selain Abu Khalid, juga daripada Abu Khalid selain ‘Abd al-Salam. Ibn al-Munzir berkata dalam al-Awsat (1/149): Tidak sabit. Al-Baihaqi berkata: Adapun hadith ini, ianya telah diingkari oleh semua huffaz terhadap Abu Khalid al-Dalani. Ahmad bin Hanbal, Muhammad bin Isma’il dan lain-lain mengingkari beliau mendengar daripada Qatadah. Ibn ‘Abd al-Bar dalam al-Istizkar (1/191) berkata: Ia di sisi ahli hadith adalah munkar. Tidak ada yang meriwayatkannya secara marfu’ kepada Nabi SAW selain Abu Khalid al-Dalani daripada Qatadah. Ibn Hazam berkata dalam al-Muhalla (1/226): Tidak ada hujjah padanya, kerana ianya melalui riwayat ‘Abd al-Salam bin Harb daripada Abu Khalid al-Dalani daripada Qatadah daripada Abu al-‘Aliyah daripada Ibn ‘Abbas. ‘Abd al-Salam seorang yang dha’if lagi tidak boleh berhujjah dengan beliau. Ibn al-Mubarak dan lain-lain menilainya dha’if. Al-Dalani pula tidak kuat. Telah diriwayatkan kepada kami daripada Syu’bah bahawa beliau berkata: Qatadah tidak sempat mendengar daripada Abu al-‘Aliyah kecuali empat hadith, hadith ini tidak termasuk. Lalu beliau menggugurkan sejumlah hadith. Wallahua’lam.
Al-Nawawi pula berkata dalam al-Majmu’ (2/20): Adapun hadith al-Dalani, jawapannya adalah ianya hadith yang dha’if menurut sepakat ahli hadith. Antara yang secara jelas menyebutkan ianya sebagai dha’if dalam kalangan mutaqaddimin adalah Ahmad bin Hanbal, al-Bukhari, dan Abu Daud. Daud dan Ibrahim al-Harbi pula menyebutkan jelas bahawa hadith itu munkar. Imam al-Haramain telah menukilkan dalam kitab beliau al-Asalib: Ijmak ahli hadith menilainya dha’if’, ia sebagaimana yang beliau katakan. Bukti dha’ifnya adalah jelas. Demikian juga disebutkan oleh Ibn al-Mulaqqin dalam Khulasah al-Badr al-Munir (hlm. 25/2).

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.