Sesungguhnya wanita-wanita Bani Israil melakukan seperti ini (bonggol rambut) di kepala mereka lalu mereka dilaknat

TEKS BAHASA ARAB

إن نساء بني إسرائيل كن يجعلن هذا في رؤوسهن فلعن، وحرم عليهن المساجد. يعني: قصة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya wanita-wanita Bani Israil melakukan seperti ini (bonggol rambut) di kepala mereka lalu mereka dilaknat dan diharamkan bagi mereka memasuki masjid-masjid. ‘Seperti ini’ yakni: Qussah: Sanggul/bonggol atas kepala yang dibentuk dari gumpalan rambut)).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1644, hadis nombor 8315. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم خرج بقُصة فقال: ((إن نساء بني إسرائيل كن يجعلن هذا في رؤوسهن فلُعِنّ، وحُرَّمَ عليهن المساجد. يعني: قُصَّة)). [طب، ((الضعيفة)) (6765)].

(Lemah)
Daripada Ibnu Abbas RHUMA, beliau berkata bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW keluar dengan Qussah: gumpalan rambut yang berbentuk bulat, lalu Baginda bersabda: ((Sesungguhnya wanita-wanita Bani Israil melakukan seperti ini (bonggol rambut) di kepala mereka lalu mereka dilaknat dan diharamkan bagi mereka memasuki masjid-masjid. ‘Seperti ini’ yakni: Qussah: Sanggul/bonggol atas kepala yang dibentuk dari gumpalan rambut)).
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6765].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs