Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ نِسَاءَ بَنِي إِسْرَائِيلَ كُنَّ يَجْعَلْنَ هَذَا فِي رُؤُوسِهِنَّ فَلُعِنَّ وَحُرِّمَ عَلَيْهِنَّ الْمَسَاجِدُ. يَعْنِي: قُصَّةٌ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya wanita-wanita Bani Israil melakukan seperti ini (bonggol rambut) di kepala mereka lalu mereka dilaknat dan diharamkan bagi mereka memasuki masjid-masjid. 'Seperti ini' yakni: Qussah: Sanggul/bonggol atas kepala yang dibentuk dari gumpalan rambut)).
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1644, hadis no. 8315. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم خرج بقُصة فقال: ((إن نساء بني إسرائيل كن يجعلن هذا في رؤوسهن فلُعِنّ، وحُرَّمَ عليهن المساجد. يعني: قُصَّة)). [طب، ((الضعيفة)) (6765)].
(Lemah) Daripada Ibnu Abbas RHUMA, beliau berkata bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW keluar dengan Qussah: gumpalan rambut yang berbentuk bulat, lalu Baginda bersabda: ((Sesungguhnya wanita-wanita Bani Israil melakukan seperti ini (bonggol rambut) di kepala mereka lalu mereka dilaknat dan diharamkan bagi mereka memasuki masjid-masjid. 'Seperti ini' yakni: Qussah: Sanggul/bonggol atas kepala yang dibentuk dari gumpalan rambut)). [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6765].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman