Sesungguhnya wanita itu tidak berakal kecuali mereka yang mentaati suaminya

TEKS BAHASA ARAB

إن النساء هم (السفهاء) إلا التي أطاعت قيمها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya wanita itu tidak berakal kecuali mereka yang mentaati suaminya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 971, hadis nombor 5007. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أبي أمامة – رضي الله عنه -، قال: قال – صلى الله عليه وسلم -: ((إن النساء هم (السفهاء) إلا التي أطاعت قيمها)).
[ابن أبي حاتم في ((التفسير))، ((الضعيفة)) (6961)].

(Munkar)
Daripada Abu Umamah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya wanita itu tidak berakal kecuali mereka yang mentaati suaminya.
[Riwayat Ibn Abi Hatim dalam Tafsir beliau. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6961]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs