Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ النساءَ سفهاءٌ؛ إلا التي أطاعتْ زوجَها.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya wanita itu tidak berakal kecuali mereka yang mentaati suaminya.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 961, hadis no. 4957. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي أمامة – رضي الله عنه – قال، قال رسول الله ﷺ: إن النساء سفهاء إلا التي أطاعت زوجها. [ابن أبي حاتم في تفسيره، الضعيفة (6051)].
(Munkar) Daripada Abu Umamah RA dia berkata, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya wanita itu tidak berakal kecuali mereka yang mentaati suaminya. [Riwayat Ibn Abi Hatim dalam Tafsir beliau. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6051].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman