Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ للمرأةِ في حملِها إلى وضعِها ، إلى فصالِها من الأجرِ كالمتشحِّطِ في سبيلِ اللهِ ، فإن هلكت فيما بين ذلك ؛ فلها أجرُ الشهيدِ
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya wanita itu pada tempoh kehamilan, bersalin sehingga tempoh anaknya bercerai susu mendapat pahala seperti berjuang di jalan Allah. Sekiranya dia meninggal dunia dalam tempoh tersebut, maka dia mendapat pahala orang yang mati syahid.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1021, hadis no. 5249. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر رضي الله عنهما عن النبي ﷺ قال: إن للمرأة في حملها إلى وضعها إلى فصالها من الأجر كالمتشحط في سبيل الله. فإن هلكت فيما بين ذلك فلها أجر الشهيد. [عبد بن حميد في مسنده, الضعيفة (6046)]
(Lemah) Daripada Ibn ‘Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya wanita itu pada tempoh kehamilan, bersalin sehingga tempoh anaknya bercerai susu mendapat pahala seperti berjuang di jalan Allah. Sekiranya dia meninggal dunia dalam tempoh tersebut, maka dia mendapat pahala orang yang mati syahid. [Riwayat ‘Abd bin Humaid dalam Musnad beliau. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 6046].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman