Sesungguhnya wali (penolong) kamu hanyalah Allah dan Rasul-Nya

TEKS BAHASA ARAB

نزلت هذه الآية على رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: (إنما وليكم الله ورسوله والذين آمنوا الذين يقيمون الصلاة ويؤتون الزكاة وهم راكعون)، فخرج رسول الله – صلى الله عليه وسلم – ودخل المسجد؛ والناس يصلون بين راكع وقائم يصلي؛ فإذا سائل، قال: يا سائل! أعطاك أحد شيئا؟ فقال: لا؛ إلا هذا الراكع – لعلي – أعطاني خاتما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Telah diturunkan ayat ini kepada Rasulullah SAW: Sesungguhnya wali (penolong) kamu hanyalah Allah dan Rasul-Nya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). Kemudian baginda keluar dari rumahnya dan masuk ke dalam masjid. Dan pada ketika itu orang ramai sedang mendirikan solat. Ada diantara mereka yang sedang rukuk dan ada yang sedang berdiri mengerjakan solat. Tiba-tiba ada seseorang yang berkata: Wahai orang yang meminta, adakah ada seseorang yang telah memberi kepada kamu? Dia berkata: Tidak. Melainkan orang yang sedang rukuk ini – kepada Ali – dia memberikan aku sebuah cincin.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 299 – 300, hadis nombor 1582. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن علي – رضي الله عنه -، قال: ((نزلت هذه الآية على رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: (إنما وليكم الله ورسوله والذين آمنوا الذين يقيمون الصلاة ويؤتون الزكاة وهم راكعون) ، فخرج رسول الله – صلى الله عليه وسلم – ودخل المسجد؛ والناس يصلون بين راكع وقائم يصلي؛ فإذا سائل، قال: يا سائل! أعطاك أحد شيئا؟ فقال: لا؛ إلا هذا الراكع – لعلي – أعطاني خاتما)).
[الحاكم في ((علوم الحديث))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4921)]

(Munkar) Daripada ‘Ali RA beliau berkata: Telah diturunkan ayat ini kepada Rasulullah SAW: Sesungguhnya wali (penolong) kamu hanyalah Allah dan Rasul-Nya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). Kemudian baginda keluar dari rumahnya dan masuk ke dalam masjid. Dan pada ketika itu orang ramai sedang mendirikan solat. Ada diantara mereka yang sedang rukuk dan ada yang sedang berdiri mengerjakan solat. Tiba-tiba ada seseorang yang berkata: Wahai orang yang meminta, adakah ada seseorang yang telah memberi kepada kamu? Dia berkata: Tidak. Melainkan orang yang sedang rukuk ini – kepada Ali – dia memberikan aku sebuah cincin.
[Riwayat al-Hakim dalam ‘Ulum al-Hadith dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4921]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs