Sesungguhnya umatku tidak akan bersatu dalam kesesatan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن أمتي لن تجتمع على ضلالة، فإذا رأيتم الاختلاف فعليكم بالسواد الأعظم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya umatku tidak akan bersatu dalam kesesatan, jika kamu melihat perselisihan maka hendaklah kamu bersama kumpulan yang majoriti.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 833, hadis nombor 4274. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن أمتي لن تجتمع على ضلالة، فإذا رأيتم الاختلاف فعليكم بالسواد الأعظم)).
[ه، ابن أبي عاصم، عبد بن حميد، اللالكائي، ((الضعيفة)) (2896)]

(Lemah) Daripada Anas RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya umatku tidak akan bersatu dalam kesesatan, jika kamu melihat perselisihan maka hendaklah kamu bersama kumpulan yang majoriti.
[Riwayat Ibn Mājah dalam Sunannya, Ibn Abī ‘Āṣim dalam al-Sunnah, ‘Abd bin Ḥumaid dalam al-Muntakhab min al-Musnad dan al-Lālakā`i dalam Uṣūl Ahli al-Sunnah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2896]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.