Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ أمَّتي لن تجتمعَ على ضلالةٍ، فإذا رأيتُمُ الاختلافَ فعليْكُم بالسَّوادِ الأعظمِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya umatku tidak akan bersatu dalam kesesatan, jika kamu melihat perselisihan maka hendaklah kamu bersama kumpulan yang majoriti.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 833, hadis no. 4274. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن أمتي لن تجتمع على ضلالة، فإذا رأيتم الاختلاف فعليكم بالسواد الأعظم)). [ه، ابن أبي عاصم، عبد بن حميد، اللالكائي، ((الضعيفة)) (2896)]
(Lemah) Daripada Anas RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya umatku tidak akan bersatu dalam kesesatan, jika kamu melihat perselisihan maka hendaklah kamu bersama kumpulan yang majoriti. [Riwayat Ibn Mājah dalam Sunannya, Ibn Abī ‘Āṣim dalam al-Sunnah, ‘Abd bin Ḥumaid dalam al-Muntakhab min al-Musnad dan al-Lālakā`i dalam Uṣūl Ahli al-Sunnah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2896]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman