TEKS BAHASA ARAB
إن الأمة ستغدر بك بعدي.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya umat ini akan mengkhianatimu selepas kewafatanku.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1863, hadis nombor 9399. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن علي – رضي الله عنه -، قال: إن ممّا عهد إليّ النبي صلى الله عليه وسلم: ((إن الأمة ستَغْدُرُ بِك بعدي)). [ك، خط، ابن عساكر، (الضعيفة) (4905)].
(Lemah) Daripada Ali RA berkata: bahawasanya sepertimana yang disampaikan Nabi SAW kepadaku: “Sesungguhnya umat ini akan mengkhianatimu selepas kewafatanku.” [Riwayat al-Hakim, Khatib al-Baghdadi dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4905]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.