Sesungguhnya Umar bin al-Khattab telah ditimpa musibah, lalu dia mendatangi Rasulullah SAW

TEKS BAHASA ARAB

قل اللهم! احفظني بالإسلام قاعدا، واحفظني بالإسلام قائما، واحفظني بالإسلام راقدا، ولا تطع في عدوا حاسدا، أعوذ بك من شر ما أنت آخذ بناصيته، وأسألك من الخير الذي بيدك كله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebutlah: Ya Allah! Peliharalah aku dengan Islam ketika aku duduk. Peliharalah aku dengan Islam ketika aku berdiri. Peliharalah aku dengan Islam ketika aku tidur. Jangan gembirakan orang yang memusuhiku dan yang menyimpan dengki kepadaku. Dan aku berlindung kepada-Mu dari seluruh kejahatan segala yang Engkau pegang ubun-ubunnya, dan Aku memohon kepada-Mu semua kebaikan yang ada di Tangan-Mu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1556, hadis nombor 7886. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن هاشم بن عبد الله بن الزبير: أنَّ عمر بن الخطاب أصابته مصيبة، فأتى رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فشكا إليه ذلك، وسأله أن يأمر له بوَسَقٍ من تمر، فقال له رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((إن شئت، أمرت لك بوسق من تمر، وإن شئت، علمتك كلمات هي خير لك)). ُقال: علِّمنيهنَّ ومُرْ لي بوسق، فإني ذوحاجة إليه. فقال: ((قُلِ اللهم! احفظني بالإسلامِ قاعداً، واحفظني بالإسلام قائماً، واحفظني بالإسلام راقداً، ولا تُطع فيّ عَدُوّاً حاسداً، أعوذُ بك مِنْ شرِّ ما أنت آخذ بناصيته، وأسألك من الخيرِ الذي بيدك كلِّه)) [حب، تخ، الفسوي، ((الضعيفة)) (6003)]

(Lemah)
Daripada Hasyim bin Abdillah bin al-Zubair: Sesungguhnya Umar bin al-Khattab telah ditimpa musibah, lalu beliau mendatangi Rasulullah SAW. Kemudian beliau mengadu tentang musibahnya dan meminta Baginda untuk memerintahkannya dengan sejumlah kurma. Kemudian Rasulullah SAW berkata kepadanya: “Jika kamu mahu, aku boleh memerintahkan kamu dengan sejumlah kurma dan jika kamu mahu, aku ajarkan kamu beberapa kalimah yang lebih baik untuk kamu. Beliau berkata: Ajarkannya kepadaku dan perintahkanlah daku dengan sejumlah kurma itu kerana daku amat berhajat kepadanya. Baginda berkata: Sebutlah: Ya Allah! Peliharalah aku dengan Islam ketika aku duduk. Peliharalah aku dengan Islam ketika aku berdiri. Peliharalah aku dengan Islam ketika aku tidur. Jangan gembirakan orang yang memusuhiku dan yang menyimpan dengki kepadaku. Dan aku berlindung kepada-Mu dari seluruh kejahatan segala yang Engkau pegang ubun-ubunnya, dan Aku memohon kepada-Mu semua kebaikan yang ada di Tangan-Mu.”
[Riwayat Sahih Ibn Hibban, al-Bukhari dalam al-Tarikh dan al-Fasawi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6003]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs