Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya ujub (berasa kagum dengan amalan diri sendiri) itu akan mensia-siakan amalan

Teks Bahasa Arab

إنَّ العُجبَ ليُحبطُ عمَلَ سبعينَ سنةً.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya ujub (berasa kagum dengan amalan diri sendiri) itu akan mensia-siakan amalan selama 70 tahun.

Sahabat Perawi

  1. al-Husain bin Ali RHuma

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2009, hadis no. 10079. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن الحسين بن علي – رضي الله عنهما – مرفوعا: إن العجب ليحبط عمل سبعين سنة. [أبو بكر الشافعي في مسند ((موسى بن جعفر الهاشمي))، فر، ((الضعيفة)) (2567)]

(Palsu) Daripada al-Husain bin Ali RHuma secara marfu’ – dinisbahkan kepada Nabi SAW: Sesungguhnya ujub (berasa kagum dengan amalan diri sendiri) itu akan mensia-siakan amalan selama 70 tahun. [Riwayat Abu Bakr al-Shafi’e dalam Musnad Musa bin Jaafar al-Hashimy dan kitab al-Firdaus oleh al-Dailamy. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2567]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.