Sesungguhnya tumbuhan-tumbuhan Raihan yang wangi ini adalah antara tumbuhan syurga

TEKS BAHASA ARAB

إن هذه الرياحين الطيبة من نبت الجنة، فإذا نوول أحدكم منها شيئا؛ فلا يرده.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya tumbuhan-tumbuhan Raihan yang wangi ini adalah antara tumbuhan syurga. Sekiranya diberikan kepada salah seorang kalian daripada bahagiannya, janganlah dia menolaknya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 232, hadis nombor 1229. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – أنه رأى رجلاً ناوله رجل ريحانة؛ فردها، فأخذها ابن عمر فقبلها ووضعها على عينيه ثم قال: «إن هذه الرياحين الطيبة من نبت الجنة، فإذا نُوول أحدكم منها شيئاً؛ فلا يرده». [السلفي في «المنتخب من أصول الشيخ أبي محمد السراج الملغوي»، الذهبي في «السير»، «الضعيفة» (6384)].

(Palsu) Daripada Ibn Umar RA, bahawa beliau melihat seorang lelaki diberikan tumbuhan Raihan oleh lelaki lain, lalu lelaki itu menolaknya. Kemudian Ibn Umar mengambilnya, mengucupnya dan meletakkannya di hadapan matanya, lalu berkata: "Sesungguhnya tumbuhan-tumbuhan Raihan yang wangi ini adalah antara tumbuhan syurga. Sekiranya diberikan kepada salah seorang kalian daripada bahagiannya, janganlah dia menolaknya". [Riwayat al-Silafi dalam al-Muntakhab min Usul al-Shaykh Abi Muhammad al-Siraj al-Lughawi dan al-Dzahabi dalam al-Siyar. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 6384].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs