Sesungguhnya Tuhan semesta alam telah berjanji kepadaku berkenaan Ali bin Abi Talib

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إن رب العالمين عهد إلي في علي بن أبي طالب، فقال: إنه راية الهدى، ومنار الإيمان، وإمام أوليائي، ونور جميع من أطاعني، علي ابن أبي طالب أميني غدا في القيامة، على حوضي، وصاحب لوائي، وثقتي على مفاتيح خزائن جنة ربي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya Tuhan semesta alam telah berjanji kepadaku berkenaan Ali bin Abi Talib. Dia berkata: Dia adalah panji hidayah, tiang cahaya keimanan, pemimpin bagi para waliku, cahaya bagi semua yang mentaatiku. Ali bin Abi Talib adalah penjamin aku esok pada hari kiamat di telaga. Dia adalah pemilik panjiku dan orang yang terpercaya membawa kunci-kunci khazanah syurga Tuhanku.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 371, hadis nombor 66. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه أبو نعيم عن أنس مرفوعا. قال ابن عدي: لاهز بن عبد الله المذكور في إسناده: غير ثقة، ولا مأمون، يروي عن الثقات المناكير. قال في الميزان: هو من أبرد الموضوعات.

Diriwayatkan Abu Nu’aim daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Ibn Adi berkata: Lahiz bin Abdullah yang disebut dalam sanadnya, tidak thiqah, tidak amanah dan meriwayatkan dari para perawi yang thiqah hadith-hadith yang munkar. Ia antara hadith yang palsu.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.