Sesungguhnya tingkatan syurga yang paling rendah adalah ia mempunyai tujuh tingkatan

TEKS BAHASA ARAB

إن أدنى أهل الجنة منزلة، إن له لسبع درجات، وهو على السادسة، وفوقه السابعة، وإن له ثلاثمائة خادم ويغدى عليه، ويراح كل يوم بثلاثمائة بثلاث مائة الصواب بثلاثمائة صحفة، ولا أعلمه إلا قال: من ذهب في كل صحفة لون ليس في الأخرى، وأنه ليلذ أوله كما يلذ آخره، وأنه ليقول: يا رب! يا رب! لو أذنت لي لأطعمت أهل الجنة وسقيتهم لم ينقص مما عندي شيء، وإن له من الحور العين لاثنتين وسبعين زوجة سوى أزواجه من الدنيا، وأن الواحدة منهن ليأخذ مقعدها قدر ميل من الأرض.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya tingkatan syurga yang paling rendah adalah ia mempunyai tujuh tingkatan dan ia berada pada tingkatan keenam dan di atasnya adalah tingkatan yang ketujuh. Ia mempunyai 300 orang khadam. Diberikan hidangan makanan setiap hari sebanyak 300 pinggan dan aku tidak mengetahuinya kecuali ia berkata: Daripada emas. Dia berkata: Wahai Tuhan! Wahai Tuhan! Jika Engkau membenarkan aku nescaya aku jika aku memberi makan dan minum kepada mereka tidak akan berkurang apa yang ada padaku. Baginya juga 72 isteri dari Hur al-Ain selain isteri mereka di dunia. Tempat duduk salah seorang dari mereka adalah sepanjang satu batu di dunia.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 687, hadis nombor 3530. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- قال: ((إن أدنى أهل الجنة منزلة، إن له لسبع درجات، وهو على السادسة، وفوقه السابعة، وإن له ثلاثمائة خادم ويغدى عليه، ويراح كل يوم بثلاثمائة بثلاث مائة الصواب بثلاثمائة صحفة، ولا أعلمه إلا قال: من ذهب في كل صحفة لون ليس في الأخرى، وأنه ليلذ أوله كما يلذ آخره، وأنه ليقول: يا رب! يا رب! لو أذنت لي لأطعمت أهل الجنة وسقيتهم لم ينقص مما عندي شيء، وإن له من الحور العين لاثنتين وسبعين زوجة سوى أزواجه من الدنيا، وأن الواحدة منهن ليأخذ مقعدها قدر ميل من الأرض)). [حم، ((الضعيفة)) (6105)]

(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW berkata: “Sesungguhnya tingkatan syurga yang paling rendah adalah ia mempunyai tujuh tingkatan dan ia berada pada tingkatan keenam dan di atasnya adalah tingkatan yang ketujuh. Ia mempunyai 300 orang khadam. Diberikan hidangan makanan setiap hari sebanyak 300 pinggan dan aku tidak mengetahuinya kecuali ia berkata: Daripada emas. Dia berkata: Wahai Tuhan! Wahai Tuhan! Jika Engkau membenarkan aku nescaya aku jika aku memberi makan dan minum kepada mereka tidak akan berkurang apa yang ada padaku. Baginya juga 72 isteri dari Hur al-Ain selain isteri mereka di dunia. Tempat duduk salah seorang dari mereka adalah sepanjang satu batu di dunia.” [Riwayat Musnad Ahmad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6105]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs