Sesungguhnya tingkatan ahli syurga yang paling rendah adalah orang yang melihat kepada kebun-kebunnya

TEKS BAHASA ARAB

إن أدنى أهل الجنة منزلة لمن ينظر إلى جنانه وزوجاته ونعيمه وخدمه وسرره، مسيرة ألف سنة، وأكرمهم على الله من ينظر إلى وجهه غدوة وعشية، ثم قرأ رسول الله صلى الله عليه وسلم: " وجوه يومئذ ناضرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya tingkatan ahli syurga yang paling rendah adalah orang yang melihat kepada kebun-kebunnya, isteri-isterinya, nikmat-nikmatnya, khadam-khadamnya, katil-katilnya yang semuanya sejauh 1000 tahun. Orang yang paling mulia dari kalangan mereka di sisi Allah adalah yang dapat melihat kepada wajah-Nya siang dan malam. Lalu Nabi SAW bersabda: “Wajah-wajah mereka pada hari itu bercahaya.”

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 652, hadis nombor 3369. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن أدنى أهل الجنة منزلة لمن ينظر إلى جنانه وزوجاته ونعيمه وخدمه وسرره، مسيرة ألف سنة، وأكرمهم على الله من ينظر إلى وجهه غدوة وعشية، ثم قرأ رسول الله صلى الله عليه وسلم: " وجوه يومئذ ناضرة)). [ت، حم، ع، أبو عبد الله القطان في ((حديثه عن الحسن بن عرفة))، ابن الأعربي في ((الرؤية))، أبو بكر سلمان الفقيه في ((الفوائد المنتقاة))، الخطيب في ((الموضح))، ((الضعيفة)) (1985)]

(Lemah) Daripada Ibn Umar RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya tingkatan ahli syurga yang paling rendah adalah orang yang melihat kepada kebun-kebunnya, isteri-isterinya, nikmat-nikmatnya, khadam-khadamnya, katil-katilnya yang semuanya sejauh 1000 tahun. Orang yang paling mulia dari kalangan mereka di sisi Allah adalah yang dapat melihat kepada wajah-Nya siang dan malam. Lalu Nabi SAW bersabda: “Wajah-wajah mereka pada hari itu bercahaya.” [Riwayat al-Tirmizi dalam al-Sunan, Ahmad dalam al-Musnad, Abu Ya’la dalam al-Musnad, Abu Abdillah al-Qattan dalam hadisnya dari al-Hasan bin Arafah, Ibn al-A’rabi dalam al-Ru’yah, Abu Bakar bin Salman al-Faqih dalam al-Fawaid al-Muntaqah dan al-Khatib dalam al-Muwaddah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1985]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs