Sesungguhnya tiga orang lelaki daripada Bani Israil telah keluar berpergian untuk keluarga mereka

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن ثلاثة نفر من بني إسرائيل خرجوا يرتادون لأهليهم، فأصابهم المطر، فأووا تحت صخرة، فانطبقت عليهم، فنظر بعضهم إلى بعض فقالوا: إنه لا ينجيكم من هذا إلا الصدق، فليدع كل رجل منكم بأفضل عمل عمله فقال أحدهم: …الحديث بطوله، وفيه: ثم قال الثالث: كنت في غنم أرعاها، فحضرت الصلاة، فقمت أصلي. فجاء الذئب، فدخل الغنم، فكرهت أن أقطع صلاتي، فصبرت حتى فرغت من صلاتي، اللهم إن كنت تعلم أني إنما فعلت هذا ابتغاء مرضاتك واتقاء سخطك فافرج عنا، قال: فانفرجت الصخرة، قال عقبة – رضي الله عنه -: فسمعت رسول الله ﷺ وهو يحكيها حين انفرجت قالت: طاق. فخرجوا منها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya tiga orang lelaki daripada Bani Israil telah keluar berpergian untuk keluarga mereka. Lalu hujan turun menimpa mereka, lantas mereka berteduh di bawah sebuah batu besar. Lalu batu itu jatuh menghempap (menghalang) mereka. Lalu mereka saling melihat antara satu sama lain dan berkata: “Tidak ada yang dapat menyelamatkan kalian daripada perkara ini melainkan kejujuran. Maka hendaklah setiap orang daripada kalian berdoa dengan amalan terbaik yang pernah dilakukannya.” Maka salah seorang daripada mereka berkata: …. hadis yang panjang, padanya ada: Kemudian orang yang ketiga berkata: “Aku pernah berada bersama kambing-kambing yang aku kembala, lalu masuk waktu solat maka aku pun solat. Lalu datang seekor serigala dan masuk ke dalam kawanan kambing. Namun aku tidak suka untuk memutuskan solatku, lalu aku bersabar sehinggalah aku selesai menunaikan solatku. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa aku melakukannya hanya kerana mengharapkan keredaan-Mu dan takwa akan kemurkaan-Mu, maka lepaskanlah kami.” ‘Uqbah berkata: “Maka batu itu pun terbuka.” ‘Uqbah RA berkata: “Aku mendengar Rasulullah ﷺ tatkala Baginda ﷺ menceritakannya ketika ia terbuka, ia berbunyi: “Taq.” Lalu mereka pun keluar darinya.

STATUS

Munkar dengan lafaz ini pada orang ketiga

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 434-435, hadis nombor 2338. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا اللفظ في النفر الثالث) عن عقبة بن عامر الجهني – رضي الله عنه -، قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: «إن ثلاثة نفر من بني إسرائيل خرجوا يرتادون لأهليهم، فأصابهم المطر، فأووا تحت صخرة، فانطبقت عليهم، فنظر بعضهم إلى بعض فقالوا: إنه لا ينجيكم من هذا إلا الصدق، فليدع كل رجل منكم بأفضل عمل عمله فقال أحدهم: …الحديث بطوله، وفيه: ثم قال الثالث: كنت في غنم أرعاها، فحضرت الصلاة، فقمت أصلي. فجاء الذئب، فدخل الغنم، فكرهت أن أقطع صلاتي، فصبرت حتى فرغت من صلاتي، اللهم إن كنت تعلم أني إنما فعلت هذا ابتغاء مرضاتك واتقاء سخطك فافرج عنا، قال: فانفرجت الصخرة، قال عقبة – رضي الله عنه -: فسمعت رسول الله ﷺ وهو يحكيها حين انفرجت قالت: طاق. فخرجوا منها». [الطبراني في «الدعاء»، «الضعيفة» (6505)].

(Munkar Dengan Lafaz Ini pada Orang Ketiga) Daripada ‘Uqbah bin ‘Āmir al-Juhanī RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: Sesungguhnya tiga orang lelaki daripada Bani Israil telah keluar berpergian untuk keluarga mereka. Lalu hujan turun menimpa mereka, lantas mereka berteduh di bawah sebuah batu besar. Lalu batu itu jatuh menghempap (menghalang) mereka. Lalu mereka saling melihat antara satu sama lain dan berkata: “Tidak ada yang dapat menyelamatkan kalian daripada perkara ini melainkan kejujuran. Maka hendaklah setiap orang daripada kalian berdoa dengan amalan terbaik yang pernah dilakukannya.” Maka salah seorang daripada mereka berkata: …. hadis yang panjang, padanya ada: Kemudian orang yang ketiga berkata: “Aku pernah berada bersama kambing-kambing yang aku kembala, lalu masuk waktu solat maka aku pun solat. Lalu datang seekor serigala dan masuk ke dalam kawanan kambing. Namun aku tidak suka untuk memutuskan solatku, lalu aku bersabar sehinggalah aku selesai menunaikan solatku. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa aku melakukannya hanya kerana mengharapkan keredaan-Mu dan takwa akan kemurkaan-Mu, maka lepaskanlah kami.” ‘Uqbah berkata: “Maka batu itu pun terbuka.” ‘Uqbah RA berkata: “Aku mendengar Rasulullah ﷺ tatkala Baginda ﷺ menceritakannya ketika ia terbuka, ia berbunyi: “Taq.” Lalu mereka pun keluar darinya. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Du‘ā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6505].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.