Sesungguhnya tiga orang dalam kalangan Bani Israil keluar mencari (bekalan) untuk ahli keluarga mereka

TEKS BAHASA ARAB

إن ثلاثة نفر من بني إسرائيل خرجوا يرتادون لأهليهم فأصابهم المطر فأووا تحت صخرة فانطبقت عليهم فنظر بعضهم إلى بعض فقالوا: إنه لا ينجيكم من هذا إلا الصدق، فليدع كل رجل منكم بأفضل عمل عمله فقال أحدهم . . . الحديث بطوله وفيه: ثم قال الثالث: كنت في غنم أرعاها فحضرت الصلاة فقمت أصلي فجاء الذئب فدخل الغنم فكرهت أن أقطع صلاتي فصبرت حتى فرغت من صلاتي، اللهم إن كنت تعلم أني إنما فعلت هذا ابتغاء مرضاتك واتقاء سخطك فافرج عنا. قال: فانفرجت الصخرة. قال عقبة رضي الله عنه: فسمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو يحكيها حين انفرجت قالت: طاق فخرجوا منها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya tiga orang dalam kalangan Bani Israil keluar mencari (bekalan) untuk ahli keluarga mereka. Mereka ditimpa hujan, lalu mereka berlindung di bawah sebuah batu yang besar. Batu besar itu tertutup di atas mereka. Mereka melihat satu sama lain lalu berkata: Sesungguhnya tidak ada sesuatu pun yang dapat menyelamatkan kalian daripada situasi ini melainkan kejujuran, oleh itu berdoalah tiap-tiap orang dalam kalangan kalian dengan (wasilah) sebaik-baik amal kebaikan yang telah dilakukan. Lalu salah seorang daripada mereka berdoa: … [Riwayat hadith secara panjang, dan dalam riwayat tersebut]: Kemudian orang yang ketiga berdoa: Suatu ketika aku pernah membela kambing, waktu solat telah tiba, lalu aku bangkit mendirikan solat. Seekor serigala datang lalu menuju ke arah kambing. Aku tidak mahu memutuskan solatku, maka aku bersabar sehinggalah aku selesai mengerjakan solatku. Wahai Allah! Jikalau diri-Mu mengetahui sesungguhnya aku melakukannya semata-mata mengharapkan keredaan daripada-Mu dan takutkan kemurkaan-Mu, bukakanlah (jalan keluar) bagi kami. Lalu batu besar tersebut terbuka. ‘Uqbah RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW ketika menceritakan kisah ini (baginda berkata), ketika batu besar itu terbuka, ia berkata: (Doa mereka) mampu (membukanya). Lalu mereka semua keluar darinya.

STATUS

Munkar Dengan Lafaz Ini Pada Orang Ketiga

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2075, hadis nombor 10412. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا اللفظ في النفر الثالث)
عن عقبة بن عامر الجهني – رضي الله عنه -، قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: إن ثلاثة نفر من بني إسرائيل خرجوا يرتادون لأهليهم فأصابهم المطر، فأووا تحت صخرة، فانطبقت عليهم فنظر بعضهم إلى بعض، فقالوا: إنه لا ينجيكم من هذا إلا الصدق، فليدع كل رجل منكم بأفضل عمل عمله، فقال أحدهم: … الحديث بطوله، وفيه: ثم قال الثالث: كنت في غنم أرعاها، فحضرت الصلاة، فقمت أصلي، فجاء الذئب، فدخل الغنم فكرهت أن أقطع صلاتي، فصبرت حتى فرغت من صلاتي، اللهم! إن كنت تعلم أني إنما فعلت هذا ابتغاء مرضاتك، واتقاء سخطك؛ فافرج عنا. قال: فانفرجت الصخرة. قال عقبة رضي الله عنه: فسمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو يحكيها حين انفرجت قالت: طاق فخرجوا منها.
[الطبراني في ((الدعاء))، ((الضعيفة)) (6505)]

(Munkar Dengan Lafaz Ini Pada Orang Ketiga)
Daripada ‘Uqbah bin ‘Āmir al-Juhanī RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya tiga orang dalam kalangan Bani Israil keluar mencari (bekalan) untuk ahli keluarga mereka. Mereka ditimpa hujan, lalu mereka berlindung di bawah sebuah batu yang besar. Batu besar itu tertutup di atas mereka. Mereka melihat satu sama lain lalu berkata: Sesungguhnya tidak ada sesuatu pun yang dapat menyelamatkan kalian daripada situasi ini melainkan kejujuran, oleh itu berdoalah tiap-tiap orang dalam kalangan kalian dengan (wasilah) sebaik-baik amal kebaikan yang telah dilakukan. Lalu salah seorang daripada mereka berdoa: … [Riwayat hadith secara panjang, dan dalam riwayat tersebut]: Kemudian orang yang ketiga berdoa: Suatu ketika aku pernah membela kambing, waktu solat telah tiba, lalu aku bangkit mendirikan solat. Seekor serigala datang lalu menuju ke arah kambing. Aku tidak mahu memutuskan solatku, maka aku bersabar sehinggalah aku selesai mengerjakan solatku. Wahai Allah! Jikalau diri-Mu mengetahui sesungguhnya aku melakukannya semata-mata mengharapkan keredaan daripada-Mu dan takutkan kemurkaan-Mu, bukakanlah (jalan keluar) bagi kami. Lalu batu besar tersebut terbuka. ‘Uqbah RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW ketika menceritakan kisah ini (baginda berkata), ketika batu besar itu terbuka, ia berkata: (Doa mereka) mampu (membukanya). Lalu mereka semua keluar darinya.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Du‘ā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6505]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs