TEKS BAHASA ARAB
إن ثلاثة نفر من بني إسرائيل خرجوا يرتادون لأهليهم فأصابهم المطر، فأووا تحت صخرة، فانطبقت عليهم فنظر بعضهم إلى بعض فقالوا: إنه لا ينجيكم من هذا إلا الصدق، فليدع كل رجل منكم بأفضل عمل عمله فقال أحدهم… الحديث بطوله وفيه: ثم قال الثالث: كنت في غنم أرعاها فحضرت الصلاة فقمت أصلي فجاء الذئب فدخل الغنم فكرهت أن أقطع صلاتي فصبرت حتى فرغت من صلاتي، اللهم إن كنت تعلم أني إنما فعلت هذا ابتغاء مرضاتك واتقاء سخطك فافرج عنا، قال: فانفرجت الصخرة. قال عقبة – رضي الله عنه -: فسمعت رسول الله ﷺ وهو يحكيها حين انفرجت قالت: طاق، فخرجوا منها.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya tiga individu daripada Bani Israel telah keluar meninjau padang rumput untuk ternakan mereka. Lalu hujan menimpa mereka dan mereka pun berteduh di bawah satu batu yang besar (gua). Tiba-tiba (laluan keluar) tertutup buat mereka, lalu mereka saling melihat antara satu sama lain. Mereka berkata: "Sesungguhnya tidak ada yang dapat menyelamatkan kalian daripada keadaan ini melainkan kejujuran. Oleh itu, hendaklah setiap orang daripada kalian berdoa dengan amalan yang paling baik yang dia pernah kerjakan". Orang pertama berkata… (lalu disebutkan) hadith ini dengan panjangnya. Padanya (disebutkan): Kemudian orang yang ketiga berkata: "Pernah suatu ketika aku sedang bersama dengan kambing yang aku kembala lalu masuk waktu solat, maka aku pun bangun mendirikan solat. Tiba-tiba datang seekor serigala lalu ia pergi kepada kambing-kambing itu. Tetapi aku tidak suka untuk menghentikan solatku, maka aku bersabar sehingga aku selesai daripada solatku. Ya Allah! Jika Engkau mengetahui sesungguhnya aku melakukan ini hanya semata-mata demi mencari keredaan-Mu dan takut akan kemurkaan-Mu, lepaskanlah kami (daripada kesusahan ini)". Baginda bersabda: "Maka batu besar itu pun terbuka". Uqbah berkata: "Aku mendengar Rasulullah ﷺ ketika baginda sedang menceritakan terbukanya batu itu, ia berbunyi: ‘taq’. Maka mereka pun keluar dari situ".
STATUS
Munkar dengan lafaz ini tentang individu ketiga
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 370, hadis nombor 1968. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا اللفظ في النفر الثالث) عن عقبة بن عامر الجهني – رضي الله عنه -، قال: سمعنا رسول الله ﷺ يقول: «إن ثلاثة نفر من بني إسرائيل خرجوا يرتادون لأهليهم، فأصابهم المطر، فأووا تحت صخرة، فانطبقت عليهم، فنظر بعضهم إلى بعض فقالوا: إنه لا ينجيكم من هذا إلا الصدق، فليدع كل رجل منكم بأفضل عمل عمله فقال أحدهم:… الحديث بطوله، وفيه: ثم قال الثالث: كنت في غنم أرعاها، فحضرت الصلاة، فقمت أصلي. فجاء الذئب، فدخل الغنم، فكرهت أن أقطع صلاتي، فصبرت حتى فرغت من صلاتي، اللهم إن كنت تعلم أني إنما فعلت هذا ابتغاء مرضاتك واتقاء سخطك فافرج عنا، قال: فانفرجت الصخرة، قال عقبة – رضي الله عنه -: فسمعت رسول الله ﷺ وهو يحكيها حين انفرجت قالت: طاق، فخرجوا منها». [الطبراني في «الدعاء»، «الضعيفة» (6505)].
(Munkar Dengan Lafaz Ini Tentang Individu Ketiga) Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir al-Juhani RA, beliau berkata: Kami mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: Sesungguhnya tiga individu daripada Bani Israel telah keluar meninjau padang rumput untuk ternakan mereka. Lalu hujan menimpa mereka dan mereka pun berteduh di bawah satu batu yang besar (gua). Tiba-tiba (laluan keluar) tertutup buat mereka, lalu mereka saling melihat antara satu sama lain. Mereka berkata: "Sesungguhnya tidak ada yang dapat menyelamatkan kalian daripada keadaan ini melainkan kejujuran. Oleh itu, hendaklah setiap orang daripada kalian berdoa dengan amalan yang paling baik yang dia pernah kerjakan". Orang pertama berkata… (lalu disebutkan) hadith ini dengan panjangnya. Padanya (disebutkan): Kemudian orang yang ketiga berkata: "Pernah suatu ketika aku sedang bersama dengan kambing yang aku kembala lalu masuk waktu solat, maka aku pun bangun mendirikan solat. Tiba-tiba datang seekor serigala lalu ia pergi kepada kambing-kambing itu. Tetapi aku tidak suka untuk menghentikan solatku, maka aku bersabar sehingga aku selesai daripada solatku. Ya Allah! Jika Engkau mengetahui sesungguhnya aku melakukan ini hanya semata-mata demi mencari keredaan-Mu dan takut akan kemurkaan-Mu, lepaskanlah kami (daripada kesusahan ini)". Baginda bersabda: "Maka batu besar itu pun terbuka". Uqbah berkata: "Aku mendengar Rasulullah ﷺ ketika baginda sedang menceritakan terbukanya batu itu, ia berbunyi: ‘taq’. Maka mereka pun keluar dari situ". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Du‘a'. Lihat Silsilah al-Dai’fah, no. 6505].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.