Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ الصُّبْحَةَ تمنعُ بعضَ الرزقِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya tidur selepas solat Subuh menghalang sebahagian rezeki.
Sahabat Perawi
- ‘Uthman Bin ‘Affan RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 204, hadis no. 1065. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عثمان بن عفان - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إن الصبحة تمنع بعض الرزق)). [حل، ((الضعيفة)) (3019)]
(Terlalu Daif) Daripada ‘Uthman bin ‘Affan RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya tidur selepas solat Subuh menghalang sebahagian rezeki. [Riwayat Abu Nu‘aym dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3019]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman