Sesungguhnya tidak sedikit mereka yang menyakiti jiran

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إنه لا قليل من أذى الجار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya tidak sedikit mereka yang menyakiti jiran.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 242, hadis nombor 1269. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أم سلمة – رضي الله عنها -، قالت: بيْنَما أنا مع النبي ﷺ، إذ دخلت شاة لجارلنا فأخذت قرصاً لنا، فقمت إليها فأخذته من بين لحييها فقال ﷺ: «إنه لا قليل من أذى الجار». [الخرائطي في «مكارم الأخلاق» و«مساوئ الأخلاق»، «الضعيفة» (6787)].

(Lemah) Daripada Umm Salamah RA, beliau berkata: Tatkala aku sedang bersama dengan Nabi ﷺ, tiba-tiba seekor kambing milik jiran kami masuk lalu ia merampas kepingan (roti) kami. Aku pun bangun ke arahnya dan mengambilnya semula dari mulutnya. Maka baginda ﷺ bersabda: "Sesungguhnya tidak sedikit mereka yang menyakiti jiran". [Riwayat al-Khara’iti dalam Makarim al-Akhlaq dan Masawi’ al-Akhlaq. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 6787].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.