Sesungguhnya tidak ada nabi sebelum aku melainkan telah diberikan tujuh orang teman

TEKS BAHASA ARAB

إنه لم يكن نبي قبلي إلا قد أعطي سبعة رفقاء نجباء وزراء، وإني أعطيت أربعة عشر: حمزة، وجعفر، وعلي، وحسن، وحسين، وأبو بكر، وعمر، والمقداد، وعبد الله بن مسعود، وأبو ذر، وحذيفة، وسلمانَ، وعمار، وبلال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya tidak ada nabi sebelum aku melainkan telah diberikan tujuh orang teman, orang baik hati, dan penasihat. Dan sesungguhnya aku diberikan 14 orang: Ḥamzah, Ja‘far, ‘Alī, Ḥasan, Ḥusain, Abū Bakar, ‘Umar, al-Miqdād, ‘Abdullah bin Mas‘ūd, Abū Dhar, Ḥudhaifah, Salmān, ‘Ammār dan Bilāl.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1820, hadis nombor 9175. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن علي -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إنه لم يكن نبي قبلي إلا قد أعطي سبعة رفقاء نجباء وزراء، وإني أعطيت أربعة عشر: حمزة، وجعفر، وعلي، وحسن، وحسين، وأبو بكر، وعمر، والمقداد، وعبد الله بن مسعود، وأبو ذر، وحذيفة، وسلمانَ، وعمار، وبلال)). [ت، الطحاوي في ((مشكل الآثار))، حم، أحمد في ((فضائل الصحابة))، ابن أبي عاصم، البزار، حل، عد، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2659)]

(Munkar) Daripada ‘Alī RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya tidak ada nabi sebelum aku melainkan telah diberikan tujuh orang teman, orang baik hati, dan penasihat. Dan sesungguhnya aku diberikan 14 orang: Ḥamzah, Ja‘far, ‘Alī, Ḥasan, Ḥusain, Abū Bakar, ‘Umar, al-Miqdād, ‘Abdullah bin Mas‘ūd, Abū Dhar, Ḥudhaifah, Salmān, ‘Ammār dan Bilāl. [Riwayat al-Tirmidhī dalam al-Sunan, al-Ṭaḥāwī dalam Musykil al-Āthār, Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad dan Faḍāil al-Ṣaḥābah, Ibn Abī ‘Āṣim dalam al-Sunnah, al-Bazzār dalam al-Musnad, Abū Nu‘aim dalam Ḥilyah al-Auliyā’, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2659]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs