Sangat Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya tiada wanita yang mentaati suaminya dan menunaikan hak suaminya

Teks Bahasa Arab

يا معشرَ النِّساءِ! إذا سَمِعْتُنَّ أذانَ هذا الحبَشيِّ وإقامتَهُ؛ فقُلنَ كما يقولُ، فإنَّ لَكُنَّ بِكُلِّ حرفٍ ألفَ ألفِ درجةٍ. فقالَ عمرُ: هذا للنِّساءِ؛ فما للرِّجالِ؟ قالَ: ضِعفانِ يا عمرُ!

Teks Bahasa Melayu

Wahai kaum wanita! Sekiranya kalian mendengar azan daripada lelaki Habsyi ini serta iqamatnya lalu kalian berkata seperti apa yang dia katakan, kalian akan mendapat satu juta darjat bagi setiap huruf. Lalu ‘Umar berkata: Ini adalah bagi perempuan, apa yang kaum lelaki dapat? Rasulullah bersabda: Dua kali ganda, wahai ‘Umar!

Sahabat Perawi

  1. Maimunah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 691, hadis no. 3555. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن ميمونة -رضي الله عنها- أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قام بين صف الرجال والنساء فقال: ((يا معشر النساء! إذا سمعتن أذان هذا الحبشي وإقامته؛ فقلن كما يقول، فإن لكن بكل حرف ألف ألف درجة. فقال عمر: هذا للنساء؛ فما للرجال؟ قال: ضعفان يا عمر!)). ثم أقبل على النساء، فقال: ((إنه ليس من امرأة أطاعت وأدت حق زوجها، وتذكر حسنه، ولا تخونه في نفسها وماله؛ إلا كان بينها وبين الشهداء درجة واحدة في الجنة، وإلا؛ زوجها الله من الشهداء)). [طب، ((الضعيفة)) (٦٠٠٩)]

(Sangat Munkar) Daripada Maimūnah RA bahawa Rasulullah SAW berdiri di antara barisan lelaki dan perempuan seraya bersabda: “Wahai kaum wanita! Sekiranya kalian mendengar azan daripada lelaki Habsyi ini serta iqamatnya lalu kalian berkata seperti apa yang dia katakan, kalian akan mendapat satu juta darjat bagi setiap huruf”. Lalu ‘Umar berkata: “Ini adalah bagi perempuan, apa yang kaum lelaki dapat?” Rasulullah bersabda: “Dua kali ganda, wahai ‘Umar!” Kemudian baginda menghadap para wanita dan bersabda: “Sesungguhnya tiada wanita yang mentaati suaminya dan menunaikan hak suaminya, menyebut kebaikan suaminya, tidak mengkhianatinya pada diri serta harta suaminya, melainkan ada satu darjat sahaja antara dia dengan darjat para syuhada di syurga. Jika suaminya ialah seorang mukmin yang baik akhlaknya, maka dia ialah isterinya di syurga. Jika tidak, Allah akan mengahwinkannya dengan para syuhada”. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6009]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.