Sesungguhnya termasuk sunnah adalah kamu tidak menongkat dengan kedua-dua tanganmu ketika kamu hendak bangun daripada duduk selepas dua rakaat

TEKS BAHASA ARAB

إن من السنة أن لا تعتمد على يديك حين تريد أن تقوم بعد القعود فى الركعتين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya termasuk sunnah adalah kamu tidak menongkat dengan kedua-dua tanganmu ketika kamu hendak bangun daripada duduk selepas dua rakaat.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 336, hadis nombor 1763. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عَنْ عَلِىٍّ – رضي الله عنه -، قَالَ: ((إنَّ مِنَ السُّنَّةِ أَنْ لاَ تَعْتَمِدَ عَلَى يَدَيْكَ حِينَ تُرِيدُ أَنْ تَقُومَ بَعْدَ الْقُعُودِ فِى الرَّكْعَتَيْنِ)). [عد، ((الضعيفة)) (6494)].

(Munkar) Daripada Ali RA, beliau berkata: “Sesungguhnya termasuk sunnah adalah kamu tidak menongkat dengan kedua-dua tanganmu ketika kamu hendak bangun daripada duduk selepas dua rakaat.” [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6494].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.