Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ مِنَ السُّنَّةِ أَنْ لاَ تَعْتَمِدَ عَلَى يَدَيْكَ حِينَ تُرِيدُ أَنْ تَقُومَ بَعْدَ الْقُعُودِ فِى الرَّكْعَتَيْنِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya termasuk sunnah adalah kamu tidak menongkat dengan kedua-dua tanganmu ketika kamu hendak bangun daripada duduk selepas dua rakaat.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 336, hadis no. 1763. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عَنْ عَلِىٍّ - رضي الله عنه -، قَالَ: ((إنَّ مِنَ السُّنَّةِ أَنْ لاَ تَعْتَمِدَ عَلَى يَدَيْكَ حِينَ تُرِيدُ أَنْ تَقُومَ بَعْدَ الْقُعُودِ فِى الرَّكْعَتَيْنِ)). [عد، ((الضعيفة)) (6494)].
(Munkar) Daripada Ali RA, beliau berkata: “Sesungguhnya termasuk sunnah adalah kamu tidak menongkat dengan kedua-dua tanganmu ketika kamu hendak bangun daripada duduk selepas dua rakaat.” [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6494].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman